GAMBAR MACAM DI OVERSEAS DENGAN FALSE COLOUR CAMERA
01:25Hola readers, Korang penah dengar false colour camera? ataupun penah tengok sendiri gambar yang dihasilkan dari falsecolour camera? ...
01:25
Hola readers,
Korang penah dengar false colour camera? ataupun penah tengok sendiri gambar yang dihasilkan dari falsecolour camera? Kalau tak pernah, meh sini admin terangkan sikit pasal falsecolour camera nie.
Falsecolour ni ibarat filter yang mengubah colour asal ( atau true colour) pada sesuatu subjek. Contohnya; warna hijau daun akan menjadi warna brown/gold jika diambil dengan menggunakan false colour camera. Falsecolour camera ini sebenarnya telah diubahsuai dari camera biasa menjadi camera falsecolour. Terdapat beberapa jenis falsecolour. Antaranya adalah; Batavia FC, Diva FC, Travelpro FC, Prewed FC, Avatar FC, Violetta FC, Membahana FC, dan Bataviapro FC. Di dalam gambar kami, kami menggunakan Batavia Falsecolour.
Apa yang menariknya lagi tentang falsecolour camera nie, muka kita akan kelihatan flawless tau. Antara kelebihan Batavia Falsecolour adalah seperti berikut:
- Imej dirakam terus dari kamera
- skintone menjadi normal
- daun hijau akan bertukar menjadi warna putih/ kuning muda/ ungu muda
- langit berwarna biru
- sesuai untuk gambar potret indoor/outdoor
Sumber info dari: Falsecolor Photography by Myinfrared.
Pic courtesy of SukabumiXSebol |
Pic courtesy of SukabumiXSebol |
Pic courtesy of SukabumiXSebol |
Pic courtesy of SukabumiXSebol |
Pic courtesy of SukabumiXSebol |
Pic courtesy of SukabumiXSebol |
Pic courtesy of SukabumiXSebol |
Pic courtesy of SukabumiXSebol |
Haaa... macam mana? Cantik tak? Macam musim Autumn kat overseas bukan? Kalau korang nak kelainan dalam album korang, korang pun boleh buat macam nie. Bukan untuk semua gambar pun, just letak satu dua gambar pun dah ok untuk letak dalam album atau poster korang.
Gambar-gambar yang diambil menggunakan falsecolour camera adalah gambar-gambar untuk pre/post wedding sahaja.