TIPS MEMILIH BUNGA TANGAN
03:16
Hai korang! Menjelang hari perkahwinan ni mesti banyak benda yang korang kena fikir kan? Tapi kalini admin nak cerita sikit pasal bunga pengantin. Korang mesti tahu kan pasal bunga pengantin? Bagi yang tak tahu, admin cerita sikit lah pasal bunga penga pengantin ni. Bunga tangan atau bunga pengantin adalah sebahagian aksesori penting ketika menjelang hari bahagia buat bakal pengantin tanpa mengira bangsa dan agama. Bunga tangan ni sebenarnya simbol kepada kebahagiaan setiap pasangan. Ada jugak yang anggap fungsi bunga tangan adalah untuk hilangkan rasa gugup pengantin perempuan ketika tunggu pasangannya. Ni admin share sikit tips memilih bunga tangan.
1. PADANKAN DENGAN GAUN PENGANTIN
Pilih bunga yang dapat seimbangkan dengan gaun pengantin. Kalau detail gaun pengantin sederhana and tak terlalu banyak hiasan, korang boleh pilih bunga tangan yang lebih "meriah" baik dalam pilihan bunga mahupun bentuk. Sebaliknya kalau gaun pengantin korang penuh dengan detail and banyak kombinasi hiasan, korang boleh pilih bunga tangan yang sederhana.
Untuk mendapatkan bunga tangan yang tepat, korang boleh jugak bawa gaun pengantin korang waktu nak beli bunga tangan. Florist tu pun akan senang hati untuk tolong korang and dah tentu-tentu lah dorang tu pakar kan.
2. SESUAIKAN DENGAN WARNA KULIT
Pemilihan bunga tangan mengikut warna kulit juga merupakan faktor penting tau. Kalau korang berkulit putih dan cenderung pucat, elakkan daripada pilih bunga warna putih. Pilihan warna krim pekat mungkin lebih better untuk korang. Begitu jugak kalau kulit korang cenderung gelap, bunga tangan yang kaya warna akan mencerahkan lagi penampilan korang.
3. SESUAIKAN DENGAN BENTUK TUBUH
Pastikan bunga tangan kena dengan bentuk tubuh korang tau. Bagi yang memiliki tubuh kecil, pilihlah bunga yang berukuran kecil. Begitu juga yang memiliki tubuh yang agak chubby, korang boleh pilih bunga tangan pengantin yang memanjang/ menjuntai (cascade) untuk memberikan kesan tubuh yang lebih ramping dan menawan.
4. KESEGARAN BUNGA TANGAN
Untuk menjaga supaya bunga tangan pengantin korang ni kekal segar sampai ke malam hari, korang kene potong lebih kurang satu inci batang dibahagian bawah then korang rendam bunga tu didalam air paras batang sahaja. Bunga tangan yang segar akan turut menentukan kesempurnaan penampilan korang tau. Takkan lah nak pakai bunga layu kan? Hihi.
5. PEGANG BUNGA DENGAN SELESA
Kebanyakkan mempelai wanita yang gugup waktu hari pernikahan sampai cenderung pegang bunga dengan kedua tangannya. Hilangkan perasaan gugup korang tu dulu, lepas tu baru pegang bunga tangan dengan selesa dan korang kene percaya diri okay!
Seeloknya, pegang bunga tangan dengan salah satu tangan saja kecuali time nak bergambar dan sebaiknya jauhkan daripada pasangan korang sampai siluet gaun tu tak tertutup. Ini akan menampakkan effect yang lebih tenang dan santai and kena dengan posisi tubuh korang sekaligus buat pose terbaik de depan photographer korang.
Kesimpulannya, korang kena lah rancang branag-barang keperluan perkahwinan korang dari awal. Dah start survey bunga tangan apa nak guna nanti, gaun apa nak pakai nanti. So nanti takdelah kelam kabut kan. Hihi. Ingat, bunga yang tepat akan sempurnakan lagi majlis korang tau. Bunga yang korang nak pegang nanti tu seeloknya korang mintaklah bantuan daripada florist decide kan untuk korang supaya korang akan lebih selesa nak pegang nanti dan tak buat tangan korang penat sampai tak boleh nak focus dekat majlis.
0 comments