PASANGAN GARANG SESUAI DIJADIKAN PASANGAN HIDUP?
00:28Kalau ikutkan ramai lelaki takut kalau dapat pasangan garang. Yelah habis semua tindak tanduk akan dipantau dan setiap percakapan perlu kena cover .
korang sedar tak sebenarnya ada faedahnya kalau korang dapat pasangan yang garang.Boleh dikatakan korang lucky!
Nak tahu sebab apa? Kami listkan sebab munasabah anda akan lebih bahagia kalau korang dapat pasangan garang.
MEREKA AKAN MELINDUNGI
Mak korang mesti garang kan. So kalau dapat wanita garang sebagai pasangan mereka jenis lebih mengambil berat dan menjaga anda. So, tak perlu takut dengan ancaman luar.
ELAK KORANG LAKUKAN PERKARA BODOH
Lelaki ni suka buat perkara bukan-bukan dan adakalanya perkara bodoh. So, kalau dapat awek jenis garang elakkan anda terjerumus untuk buat perkara tak elok.
MEREKA LEBIH BERDIKARI
Wanita garang ni bukan jenis lemah dan mereka mampu lakukan banyak perkara sendiri tanpa bantuan lelaki. Bila jenis berdikari ni, buatkan hubungan lebih lancar dan tiada masalah.
MEREKA BIJAK MERANCANG
Wanita garang ni tahu apa yang mereka inginkan dan bijak dalam perancangan. Mereka tak suka melengahkan sesuatu perkara. Kehidupan lelaki juga akan lebih teratur.
JENIS TAK SUKA MENYUSAHKAN
Kalau korang nak keluar makan bersama dorang nak membayarnya biarkan je. Walaupun korang mampu berikan wang beribu ringgit, wanita jenis ini ada prinsip mereka sendiri yang tidak suka menyusahkan sesiapa tau , haa senang hidup jang oi!
0 comments