TIPS SUSUNAN GAMBAR DI DALAM ALBUM

Menjadi satu tanggungjawab kami di SBXS Photography untuk memastikan gambar yang kami hasilkan di dalam album dapat menyampaikan satu jala...


Menjadi satu tanggungjawab kami di SBXS Photography untuk memastikan gambar yang kami hasilkan di dalam album dapat menyampaikan satu jalan cerita tentang sebuah majlis perkahwinan. Oleh itu, setiap fotografer dari SBXS Photography dilatih untuk menjadi profesional dan peka dengan keadaan setiap majlis yang berlaku. Fotografer diajar untuk mengambil gambar setiap moment-moment penting ketika majlis berlangsung. Designer pula bertanggungjawab untuk meng-edit dan menyusun gambar-gambar yang diambil oleh fotografer secara teliti dan teratur. Sebelum melakukan editing, designer perlu mengisi borang Quality & Control (Q&C) bagi setiap album yang dibuat. Setelah itu, head of designer akan menyemak editing yang dilakukan. Sekiranya tidak memuaskan, editing perlu dilakukan semula. Akhir sekali, gambar dihantar untuk album dicetak.
Kami ingin kongsikan flow/susunan gambar di dalam album bagi setiap majlis. Di dalam album, gambar akan disusun bermula dari majlis nikah diikuti dengan majlis resepsi dan akhir sekali majlis bertandang. 

Antara gambar yang wajib diambil oleh fotografer adalah:

NIKAH

1) Opening- Gambar pengantin perempuan dan lelaki.


Pic courtesy of SukabumiXSebol

2) Detail- Gambar baju nikah/kasut/cincin/inai/makeup

Pic courtesy of SukabumiXSebol
3) Portraiture-Gambar potrait pengantin lelaki dan perempuan yang telah bersiap.  
4) Hantaran- Gambar detail barang hantaran.
5) Berarak- Gambar pengantin lelaki atau perempuan masuk ke ruang nikah samada di masjid/rumah/dewan.
6) Ready nikah- Gambar sebelum akad. 
7) Nikah- Gambar ketika akad.
8) Doa- Gambar ketika imam tok kadi membacakan doa.
9) Solat- Gambar ketika solat sunat.


Pic courtesy of SukabumiXSebol


10) Batal air sembahyang- Gambar ketika upacara batal air sembahyang/ sarung cincing/ pemberian mas kahwin.
12) Salam-Gambar pengantin bersalaman dengan ibu bapa/mertua.

Pic courtesy of SukabumiXSebol
13) Group- Gambar famili kedua-dua belah pengantin lelaki dan perempuan.
14) Outdoor- Gambar potrait pengantin outdoor. 

Pic courtesy of SukabumiXSebol


RESEPSI/BERTANDANG

1)Opening- Gambar pengantin perempuan dan lelaki.
Pic courtesy of SukabumiXSebol
2) Detail- Gambar baju nikah/kasut/cincin/inai
3) Makeup- Gambar ketika pengantin sedang bermake up
4) Portraiture-Gambar potrait pengantin lelaki dan perempuan yang telah bersiap. 

Pic courtesy of SukabumiXSebol
5) Berarak- Gambar pengantin lelaki atau perempuan masuk ke dalam dewan/khemah.
6) Sanding- Gambar pengantin bersanding di atas pelamin.
7) Merenjis- Gambar merenjis 

Pic courtesy of SukabumiXSebol
8) Makan - Gambar makan ketika berada di meja beradab.
9) Potong kek- Gambar ketika pengantin potong kek.

Pic courtesy of SukabumiXSebol
9) Grouping- Gambar famili kedua-dua belah pengantin lelaki dan perempuan.
10) Outdoor- Gambar potrait pengantin indoor/outdoor. 
Pic courtesy of SukabumiXSebol

You Might Also Like

0 comments