MALAM BERINAI TU PERLU KE? MEMBAZIR JE LAH KAN

MALAM BERINAI BY SBXS Hello! Dah lama kan admin tak merepek kat blog ni. Korang rindu admin tak? Hahaha harini admin rasa macam n...

MALAM BERINAI BY SBXS



Hello! Dah lama kan admin tak merepek kat blog ni. Korang rindu admin tak? Hahaha harini admin rasa macam nak share something lah dengan korang. Korang tahu tak pasal Malam berinai? Sebenarnya malam berinai ni perlu ke? Tradisi siapa sebenarnya? Korang rasa tema macam mana yang sesuai? Sekarang memang kebanyakan pengantin akan buat malam berinai ni tau. Untuk korang yang sedang tertanya-tanya pasal malam berinai ni,meh sini admin cerita sikit huhu



Sebenarnya Malam berinai ni merupakan tradisi perkahwinan Melayu tapi makin dilupakan,tapi nowadays memang dah jadi trend dah admin rasa hihi.Cuma berbeza sikit jela dari zaman sekarang ni, zaman dulu malam berinai ni terbahagi kepada dua iaitu berinai kecil dan berinai besar. Malam berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang tiga malam sebelum hari perkahwinan. Biasanya cuma ahli keluarga terdekat je yang hadir waktu majlis ni, untuk menghiaskan pengantin perempuan je. Inai akan dihiaskan pada kedua-dua belah tangan dan kaki pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga diletakkan inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.

Untuk Malam berinai besar biasanya diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan. Rakan-rakan dan saudara mara dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Masa majlis ni tetamu lelaki akan lemparkan sikit nasi kunyit kat sebelah kiri dan kanan pengantin lelaki. Proses yang sama diulang dengan menggunakan bertih dan tangkai daun wangi dicelup dalam air daun setawar. Lastly, sedikit pes inai diletakkan di atas daun sirih dan diletakkan pada tapak tangan pengantin lelaki.




Berbeza dengan zaman sekarang ni, sesetengah masyarakat anggap malam berinai ni satu majlis yang tak perlu pun sebenarnya sebab diorang fikir majlis ni macam membazir plus lebih baik guna kos tu untuk buat majlis kawin je. So, hanya diorang yang mampu je yang akan buat malam berinai ni tapi hanya untuk suka-suka je. Sesetengah pulak fikir yang malam berinai ni satu majlis wajib dan perlu dilakukan dan ada jugak yang siap buat acara mandi bunga pada majlis malam berinai tu tau. Hahaha






Malam berinai ni sebenarnya taklah wajib pun sebenarnya, tapi lebih kepada adat. Kalau mampu and rasa nak buat, buatlah. Yelah sekarang pun kos perbelanjaan pun dah lain dari zaman dulu-dulu tu hihi. Malam berinai ni, lain tempat lain cara, lain definisi malam berinainya. Tetapi biasanya, waktu malam berinai ni, si pengantin ni akan tukar beberapa baju mengikut daerah masing masing,tapi zaman sekarang satu baju je diorang ni pakai hihi.





Korang tahu tak sebenarnya Majlis malam berinai ni biasanya dibuat secara berperingkat-peringkat tau.

1)  Berinai curi - Diadakan tiga malam sebelum hari berlangsung majlis untuk saudara mara terdekat sahaja.
2) Berinai kecil - Diadakan dua malam sebelum hari berlangsung majlis untuk saudara mara, jiran tertangga dan sahabat handai je tau.
3) Berinai besar - Yang ni diadakan satu malam sebelum hari berlangsung majlis atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan,macam yang orang sekarang buat ni.




Kesimpulannya Majlis Malam Berinai ni tak jugak penting tapi lebih kepada adat. Ikut bajet korang jugak sebenarnya. Biar simple asalkan korang have fun and enjoy time majlis berinai korang tu. Plus boleh kumpul kawan kawan sedara mara yang jauh jauh tu sekali kan. Ni admin belanja sikit gambar client SBXS semasa majlis malam berinai diorang, Sari Yanti pun salah satu pengantin yang kita shoot tau hehe. Cantik tau!!







You Might Also Like

0 comments