Tutorial Veil untuk 'bachelorette party'
22:51Kadang kala veil untuk 'bachelorette party' boleh mencecah sampai RM250. Save duit korang dengan DIY je! Jimat sangat tau!
Barang - barang :
Cekak putih
Fabrik untuk veil ( kalau boleh cari material tulle )
Reben putih ( Ikut tema korang kalau nak lagi letops! )
Gunting
Jarum dan benang putih
Hot glue
Cara-cara:
1 - Masukkan benang ke dalam jarum. Jangan matikan hujung benang lagi. Lalukan jarum sekali pada fabrik dan matikan ikatan.
2 - Jahitkan secara zigzag fabrik korang dari hujung ke hujung fabrik. Tarik fabrik dan benang dengan kuat hingga ada efek kedutan pada fabrik. Ikat hujung benang.
3 - Letakkan hot glue ke atas cekak dan lekatkan fabrik korang . Potong mana-mana bahagian berlebihan.
4 - Hiaskan permukaan cekak mengikut kreativiti korang dan siap!
0 comments