TIPS MEMILIH FOTOGRAFER PERKAHWINAN

Holla readers,  Setelah menempah baju perkahwinan, pelamin, catering dan lain-lain, tiba pula masanya untuk mencari benda yang dapat me...

Holla readers, 

Setelah menempah baju perkahwinan, pelamin, catering dan lain-lain, tiba pula masanya untuk mencari benda yang dapat menggamit kembali memori di hari perkahwinan korang itu nanti. Apa benda itu? Tentulah mencari fotografer perkahwinan korang yang boleh menghasilkan gambar yang cecatnik di hari bahagia korang itu. Gambar yang dihasilkan itu nanti, akan berkekalan hingga korang dah berkedut, bertongkat nanti. Masa tu lah nanti, korang akan rasa betapa pentingnya korang mengupah fotografer perkahwinan. 

Proses memilih fotografer ni memang kadang-kadang agak mencabar dan pening kepala, dan buat kita rasa sampai nak give up mencari. Harap-harap lepas baca tips yang kami kongsikan ini, sedikit sebanyak membantu korang mendapat idea untuk memilih fotografer hari bahagia korang nanti.

1) Tetapkan bajet korang

Perkara yang paling utama yang dilakukan oleh bakal pengantin adalah menetapkan bajet. Katakanlah korang meletakkan bajet fotografer perkahwinan korang di bawah RM2500. Korang senaraikan lah beberapa company fotografi yang memberi servis mereka di bawah RM 2500. Kalau lebih dari RM 2500, korang terus padam laju-laju, supaya korang boleh narrow down kan lagi pilihan korang itu. Korang kena ingat, ketika korang menetapkan harga korang itu, janganlah letak terlampau rendah sangat. Memang korang boleh dapat servis serendah RM 500 je. Tapi, tak tahulah macam mana hasil gambar korang tu nanti. Secara dasarnya, setiap company fotografi perkahwinan telah menetapkan bayaran untuk fotografer, bayaran untuk designer, bayaran untuk cetakan album dan lain2 lagi. Jadi, kalau yang letak harga sebegitu rendah sekali, tak tahulah macam mana hasil kualiti yang diorang bagi. 

2) Kualiti imej/ style

Ketika korang membuat survey fotografer yang korang aim,  korang kena rajin untuk belek-belek portfolio diorang di website, facebook dan instagram. Ciri-ciri fotografer yang bagus mestilah mampu untuk memberikan kepelbagaian dalam gaya, cara shoot pasangan pengantin dan bagaimana untuk menyampaikan kemeriahan suasana majlis dalam bentuk gambar. Lagi bagus kalau gambar yang diambil itu,bila kita tengok tanpa edit pun dah cantik apatah lagi yang dah edit kan? Kalau fotografer yang terlalu beratkan pada editing sahaja, kebanyakan mereka ini cuba menutup kualiti gambar mereka. 

3) Pengalaman 

Part pengalaman fotografer nie sangat perlu diambil kira juga ye. Kalau boleh, cari lah fotografer yang mempunyai pengalaman mengambil gambar perkahwinan sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas. Kebanyakan yang berpengalaman nie, mereka lebih mahir tentang suasana majlis, urutan majlis, gambar apa yang wajib ditangkap dan sebagainya. Since, majlis perkahwinan nie benda yang amat berharga dan berlaku sekali seumur hidup (kalau yang kahwin sekali la, kalau yang berkali-kali tu lain cite la), jadi kenalah orang yang mahir dan pakar mengambilnya supaya tiada kesilapan yang dilakukan. Kalau gambar tak jadi, habislah. Tiada kenangan yang dapat disimpan.


4) Tengok hasil kerja secara one-to-one

Sebelum korang membuat tempahan tarikh perkahwinan korang, seeloknya korang buat janji temu dengan fotografer. Korang tengok hasil kerja diorang secara dekat, tengok kualiti album, dan personaliti fotografer tu macam mana. Kadang-kadang gambar yang di muat turun di alam maya memang nampak cantik je kesemuanya. Tapi, bila print out di dalam album, gambar tidak cantik serta kualiti gambar tiada. Ada juga yang cuba menipu dengan mencuri hasil kerja orang lain. Kalau korang tengok dengan mata korang sendiri dan dapat belek-belek album, barulah korang rasa puas hati.

Bila korang berjumpa dengan fotografer sendiri, tengok cari dia bergaul dengan korang, layan korang macam mana. Kalau first impression pun korang dah rasa negatif tentang fotografer tu, baik jangan hire. Kalau first time jumpa pun korang dapat layanan yang so so je, macam mana nanti korang nak spend masa seharian dengan diorang. Betul tak?

5) Testimoni

Kalau korang dah pening sangat nak pilih yang mana, sebab banyak gambar-gambar dari fotografer kebanyakannya cantik-cantik belaka. Korang pilihlah fotografer yang direkemen oleh kawan-kawan korang ke atau saudara-mara korang ke. Kalau diorang bagi feedback yang positif tentang fotografer diorang dan gambar yang dihasilkan pun, semuanya cantik-cantik belaka, bolehlah korang teruskan mengambil diorang sebagai fotografer diorang juga. Selain itu, korang juga boleh baca review tentang fotgrafi servis di blog-blog ke. 

Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol

Pic courtesy of SukabumiXSebol

Semoga artikel kali ini dapat mengurangkan kebuntuaan korang memilih fotografer untuk wedding korang nanti. Kalau ada idea penambah baikan sila lah tinggalkan komen ye. 


Toodles!~

You Might Also Like

0 comments