Idea Surprise Untuk Suami Yang Gerenti Jadi!

Selalunya kalau tanya hadiah apa nak bagi untuk orang lelaki? Balik-balik jam tangan,  wallet, tie,  minyak wangi. Tahun depan ulang lagi be...

Selalunya kalau tanya hadiah apa nak bagi untuk orang lelaki? Balik-balik jam tangan, wallet, tie, minyak wangi. Tahun depan ulang lagi benda sama. Tahun depannya ulang lagi idea sama. Ulang sampai mereput!


Tidak kisah samada birthday atau anniversary, cuba bagi surprise yang lain sikit tahun ni.

1.TIKET

Band apa yang suami korang suka masa bujang? Atau muzik genre apa? Manalah tahu band kegemaran dia ada buat tour di Malaysia. Tak salah belanja dia tiket ke konsert band kegemarannya. Sejak berkahwin dan ada anak, mungkin dia selalu sibuk mencari nafkah untuk keluarga. Sesekali layanlah dia tengok pementasan teater atau konsert.
Atau mungkin boleh belikan tiket ke pelawanan bola pasukan kegemaran suami. Atau kalau nak acah-acah sweet, belanja dia tiket pergi dengan anak lelaki korang. Boleh suruh anak jadi spy sekali.

2. PAKEJ PERCUTIAN


Suami korang jenis yang suka berjalan-jalan? Nahh..sesuai sangat. Kalau anak-anak dah besar, bolehlah pergi bercuti tempat-tempat yang beraktiviti challenging. asyik-asyik pantai, asyik-asyik zoo. Cubalah rock climbing, atau abseiling. Gerenti suami takkan lupa.

3. AKSESORI KERETA

Haa.. Yang ni khas untuk isteri-isteri berhias. Kalau bajet banyak, bolehlah belanja suami sport-rim kereta atau spoiler atau seat kereta . Khasnya untuk suami-suami yang jenis suka make-up kereta. Nak tambah spoiler 3 tingkat, set audio, kitchen cabinet ataupun kolam renang dalam kereta. Bolehhh.. Ada duit semua boleh. Confirm suami gembira sampai keturunan akan datang!

4. UPAH TEAM PEMBUAT KEJUTAN


Tak ramai yang tahu kewujudan team yang ambil upah untuk buat surprise. Servis ini agak popular di Instagram. Surprise yang jenis begini sesuai untuk pasangan yang berjauhan. Ala-ala ada orang hantar hadiah, tapi siap belon dan tukang jerit sekali.Hanya sediakan duit saja.

5. ONLINE SHOPPING

Yang ini idea untuk isteri-isteri yang malas lah. Order saja barang mana yang berkenan kat hati!
Dari stokin, gajet, kupon hingga ke pakej bercuti semua ada! Jangan lupa sertakan alamat penghantaran ke ofis suami untuk impak surprise yang lebih membuatkan officemate suami korang jealous dan meluat.Tiber sentap haha!

6. GADGET

Kebanyakkan lelaki memang suka gajet. Kalau rasa diri kaya, bolehlah  belikan PS4 , iPhoneX , XBOX ONE ke , Bagi suami-suami yang gila bergambar, boleh hadiahkan mereka barangan fotografi seperti kamera dan perkakasan GoPro. Duit ada, semua jadi.
Bagi yang tak punya bajet lebih, masakkan dinner yang penuh dengan kasih-sayang pun dah cukup sebenarnya. Bak kata Mat Saleh, it’s the thoughts that count.

You Might Also Like

0 comments