TIPS UNTUK OUTDOOR WEDDING

Hello readers,  Sebelum mengadakan majlis, perkara utama yang korang akan lakukan selepas tarikh nikah dipersetujui adalah  menentukan lo...

Hello readers, 
Sebelum mengadakan majlis, perkara utama yang korang akan lakukan selepas tarikh nikah dipersetujui adalah  menentukan lokasi untuk mengadakan majlis, samada di rumah, taman-taman, dewan ataupun di hotel bukan? Kalau yang mempunyai bajet yang besar, pasti tiada masalah untuk mengadakan majlis di hotel bukan. Kalau zaman dahulu masyarakat lebih prefer untuk mengadakan majlis di rumah, tidak bagi zaman sekarang kebanyakan memilih untuk mengadakan majlis di dewan kerana lebih mudah dan rumah pun tidak lah kecah/bersepah. Untuk yang mengadakan majlis selain di rumah, korang pasti perlu membuat booking setahun awal. Terutamanya yang berada di KL. Almaklumlah zaman sekarang, ramai betul orang kahwin awal. Dalam setahun tu, setiap minggu dewan penuh, kalau yang tak penuh tu, time bulan puasa je. hehehe.. 

Selain tempat tertutup seperti dewan, ada juga mereka yang gemar mengadakan majlis outdoor seperti di taman rekreasi. Kalau orang barat, mereka banyak buat di taman dan tepi pantai. 
Sekiranya anda memilih untuk membuat outdoor wedding, ada beberapa faktor yang perlu di titik beratkan. Paling utama adalah faktor cuaca. Kalau musim hujan seperti pada hujung bulan 11 hingga awal bulan 1, kami sarankan sebolehnya pilih lah indoor wedding daripada outdoor wedding. Memang tak dapat nak disangkal lagi yang outdoor wedding memang cantik dan dikelilingi tumbuhan hijau, tapi, bila nasib tak baik, kena pula time hujan lebat, hilang segala kecantikan, keindahan, kehijauan outdoor wedding tersebut.



Pic courtesy of SukabumiXSebol
Terdapat beberapa tips yang kami dapat kumpulkan yang boleh dijadikan rujukan:

1) Pastikan Keselesaan Tetamu Diutamakan.

Dalam menjayakan majlis korang, paling utama adalah memastikan keselesaan tetamu dari awal mereka tiba sehingga mereka pulang. Pastikan tetamu yang datang mudah untuk mereka parking kereta mereka. Janganlah sampai tetamu terpaksa berjalan empat puloh kilometer untuk sampai ke tempat majlis. Selain itu, sekiranya musim panas, pastikan anda menyewa lebih kipas elektrik yang besar supaya tetamu dapat menyejukkan badan mereka. Takdelah nanti, berpeluh-peluh mereka masa makan nanti. 

2) Mempunyai Backup Plan

Sekiranya time majlis anda hujan turun selebatnya, pastikan ada tempat untuk tetamu berlindung sementara. Kebiasaanya outdoor wedding dilengkapi dengan villa persinggahan untuk pengantin bersiap. Jadi, bolehlah sekiranya tetamu yang datang dari jauh untuk tumpang sementara. Selain itu, korang juga boleh sediakan usher untuk majlis korang. Tugas usher untuk mengiringi tetamu ke kereta ketika waktu hujan. 

3) Plan Jenis Pakaian Pengantin

Pengantin juga perlu mengambil kira faktor jenis pakaian yang akan dipakai. Janganlah pakai baju yang tebal dan panas. Paling penting, kalau korang buat outdoor wedding, janganlah pilih kain songket. Kain songket memang cantik dan mengekalkan ciri-ciri tradisional, tetapi materialnya yang tebal dan panas, sangat tidak sesuai untuk buat outdoor wedding. Nanti kang, elok-elok kat luar tak hujan, kat dalam yang hujan lebat dengan air peluh. Selain itu, sekiranya lokasi beragin kuat, elakkan fabriks yang nipis dan ringan seperti chiffons dan sutera China, kalau tidak nanti, melayang-layanglah dress anda nanti. 

4)  Dekorasi

Kelebihan membuat majlis di luar terutamanya di taman adalah kecantikan semulajadi yang tersedia. Dekorasi yang simple juga sudah mencukupi. Cuma, korang perlu pastikan seminggu sebelum majlis, lokasi majlis dalam keadaan terjaga dan bersih, Rumput haruslah dipotong pendek, tiada kawasan yang berlopak dan becak. Bunga-bunga di keliling hidup segar bugar dan tidak kering layu. Dekorasi lain yang boleh ditambah seperti paper lantern dan bingkai gambar yang bergantuangan di pokok. Sekiranya anda membuat majlis pada waktu malam, menghias tempat dengan mentol yang bertali pasti sangat memukau mata yang melihatnya.

5) Pemilihan Menu 

Dalam bab penyediaan menu makanan atau minuman, pastikan anda menempah menu tambahan seperti dessert aiskrim, abc, cendol dan lain-lain. Supaya tetamu dapat menikmati dessert tersebut sekiranya cuaca panas terik.
Untuk bahagian doorgift pula, anda dinasihatkan supaya tidak memberi doorgift seperti coklat. Takut ia mudah cair dibawah cuaca yang panas.

Buat masa ini, setakat itu sahaja yang kami nak kongsikan. Kalau ada apa-apa penambahan bolehlah salurkan di kotak comment ye. Kami akan update idea anda nanti. 

Selamat membaca guys :)

You Might Also Like

0 comments