Tips Memilih Kasut Pengantin Untuk Tampil Lebih Bergaya.
01:16
Kasut pengantin merupakan salah satu aksesori yang paling penting untuk melengkapkan penampilan korang di hari perkahwinan. Pemilihan kasut yang tepat adalah sangat penting untuk memudahkan korang bergerak dengan selesa dan tampil bergaya pada masa yang sama. selain itu, kasut pengantin juga mampu menyerlahkan keanggunan korang apabila disesuaikan dengan baju kahwin.
Terdapat banyak jenis kasut kahwin yang akan buat korang pening untuk memilih. Jadi korang haruslah bijak memilih kasut yang sesuai dan selesa supaya ia tak rosakkan penampilan korang sebagai Ratu Sehari.
Antara tips untuk memilih kasut:
1. JENIS KAKI BESAR
Untuk korang yang berkaki besar elak memakai kasut yang berjenis sling backs atau kasut ala gladiator kerana ia akan menonjolkan pergelangan kaki korang.
2. ELAK PAKAI WARNA KONTRAS
Sebaiknya elak memakai kasut yang berwarna terang, kerana ia akan membuatkan kaki kelihatan semakin pendek dan besar.3. GUNA KASUT PUTIH ATAU BEIGE
Kasut berwarna putih atau beige merupakan pilihan terbaik buat pengantin ketika majlis perkahwinan.4. PILIH KASUT JENIS PUMP.
Untuk bentuk kasut, pilihlah kasut jenis pump (tertutup) untuk menutupi kawasan pergelangan kaki. Kasut jenis Stiletto pula akan membantu kaki korang tampak lebih panjang.
5. JENIS BETIS BESAR
Bagi korang yang berbetis besar, sebaiknya memilih kasut jenis sling back atau strappy shoes. jenis ini akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutama pergelangan. Sebaliknya hindari kasut pump kerana ia akan buatkan kaki korang kelihatan tenggelam.
6. TAMPAK SEKSI
Korang boleh pakai kasut bentuk apa pun tapi pastikan bentuk dan warna serasi dengan baju. Cuba untuk kenakan kasut tinggi jika korang ingin kelihatan seksi. Sentuhan kristal sebagai perincian akan buat kita tampak lebih glamor.
SEMOGA TIPS INI AKAN BERMANFAAT KEPADA KORANG!
0 comments