MALAM BERINAI | TEMA BOLLYWOOD

Hello readers, Kali ini kami ingin kongsikan tentang majlis tambahan selain majlis nikah dan majlis resepsi. Satu majlis tambahan yang ...

Hello readers,

Kali ini kami ingin kongsikan tentang majlis tambahan selain majlis nikah dan majlis resepsi. Satu majlis tambahan yang biasa pasangan pengantin pilih adalah Majlis Malam Berinai. Kebiasaanya malamberinai dilakukan pada waktu malam sebelum hari nikah atau malam selepas nikah. Majlis ini dilakukan secara tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga kedua belah pihak dan teman rapat sahaja. Untuk menampakkan kemeriahan majlis, pasangan memilih tema, samaada tema melayu tradisonal ataupun yang menjadi pilihan ramai adalah tema Bollywood. Ramai barisan artis seperti Marsha Milan Londoh, Fouziah Gous, Liyana Jasmay, Shukri Yahaya dan ramai lagi memilih tema Bollywood untuk majlis berinai mereka. Tema Bollywood memang agak sinomin dengan malam berinai. Apa orang kata tu, memang sangat "in" lah malam berinai dengan tema bollywood ni. Mungkin sebab asal usul inai dari negara belah- belah India dan juga timur tengah. Tambahan lagi, kombinasi warna-warni dalam tema Bollywood ini, menaikkan lagi kemeriahan malam berinai. 

Dalam majlis berinai, pengantin perempuan akan dipakaikan inai atau diukirkan corak dengan menggunakan henna di atas tangan. Bagi pengantin lelaki pula, inai dipakai hanya di tiga jari sahaja. 
Selain acara memakai inai, ada juga pasangan yang membuat acara tari menari gelek bollywood gituwww. Ada juga tradisi memakan manisan. Pasangan pengantin dan seluruh kaum keluarga perlu menghabiskan manisan yang disediakan. 

Malas nak citer panjang, let the pictures do the talking..



Tarian Bollywood malam berinai.
Pic courtesy of SukabumiXSebol 

Pic courtesy of SukabumiXSebol 
Pic courtesy of SukabumiXSebol 
Pic courtesy of SukabumiXSebol 
Pic courtesy of SukabumiXSebol 
Pic courtesy of SukabumiXSebol 
Memakan manisan ketika malam berinai..
Pic courtesy of SukabumiXSebol 

Jadi korang dah ada idea ke nak buat tema apa untuk majlis berinai korang? Tak kisah lah tema apa sekalipun, kalau kena dengan hiasannya pasti nampak meriah.

You Might Also Like

0 comments