ADAT PERKAHWINAN JAWA

Admin sebenarnya pertama kali dapat pengantin yang membuat majlis perkahwinan dalam style JAWA. Jadi admin jadi excited untuk buat research...

Admin sebenarnya pertama kali dapat pengantin yang membuat majlis perkahwinan dalam style JAWA. Jadi admin jadi excited untuk buat research yang mungkin korang tak tahu. Sebenarnya, admin pun baru je tahu. Jadi, tak salah kita share kan? :)























Sebenarnya adat perkahwinan jawa ni memang banyak element nyaa. Jom admin try untuk tahu lebih mendalam lagi untuk tatapan korang.


Upacara Akad Nikah dilaksanakan menurut agama masing-masing. Bagi pemeluk agama Islam, akad nikah dapat dilangsungkan di masjid atau di rumah. Setelah upacara akad nikah selesai ,pengantin lelaki tetap menunggu di luar untuk upacara selanjutnya. Setelah selesai upacara ijab kabul barulah upacara adat dapat dilangsungkan.


Upacara Panggih/Temu. Pada upacara ini kembar mayang akan dibawa keluar rumah dan diletakan di persimpangan dekat rumah yang tujuannya untuk mengusir roh jahat. Kembar mayang adalah gubahan bunga yang terdiri dari daun-daun pohon kelapa yang dicucukkan ke batang pohon kelapa.

















































Balangan Suruh. Pada saat jarak mereka sekitar tiga meter, mereka saling melempar tujuh bungkusan yang berisi daun sirih jeruk, yang ditali dengan benang putih. Mereka melempar dengan penuh semangat dan tertawa. Dengan melempar daun sirih satu sama lain, menandakan bahawa mereka adalah manusia, bukan makhluk jadi-jadian yang menyamar jadi pengantin. Selain itu ritual ini juga melambangkan cinta kasih dan kesetiaan.


Wiji Dadi. Pengantin lelaki memijak telur ayam hingga pecah dengan kaki kanan, kemudian pengantin perempuan akan membasuh kaki suami dengan air bunga. Proses ini melambangkan seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab terhadap keluarganya dan isteri yang taat melayani suaminya.


Pupuk. Ibu pengantin perempuan yang mengusap pengantin lelaki sebagai tanda ikhlas menerimanya sebagai bagian dari keluarga.


Sindur Binayang. Di dalam ritual ini ayah pengantin perempuan meembawa pasangan pengantin ke kerusi pelamin, ibu pengantin perempuan memberikan kain sindur sebagai tanda bahawa ayah menunjukkan jalan menuju kebahagiaan dan ibu memberikan dorongan moral.


















































Tanem. Di dalam ritual ini bermaksud ayah pengantin perempuan mendudukkan pasangan pengantin di kerusi pengantin sebagai tanda merestui pernikahan mereka dan memberikan berkat.


Tukar Kalpika. Pada mulanya, pengantin lelaki meninggalkan biliknya dengan diapit oleh anggota lelaki keluarga (saudara mara lelaki) iaitu seorang anggota keluarga yang dihormati dipilih untuk berperanan sebagai ketua rombongan. Pada waktu yang sama, pengantin perempuan juga meninggalkan bilik sambil diapit oleh pengikutnya untuk bertemu pengantin lelaki. Kemudian kedua pengantin duduk di meja dengan wakil-wakil keluarga, dan kemudian saling bertukar cincin sebagai tanda cinta.
Kacar-kucur/Tampa Kaya/Tandur. Dengan bantuan Pemaes, pasangan pengantin berjalan dengan memegang jari kelingking pasangannya, ke tempat ritual kacar-kucur atau tampa kaya. Pengantin lelaki akan menuangkan kacang kedelai, kacang tanah, beras, jagung, beras ketan, bunga dan syiling (jumlah haruslah genap) ke pangkuan perempuan sebagai simbol pemberian nafkah. Pengantin perempuan menerima hadiah ini lalu membungkuskan segalanya dengan kain putih di pangkuannya sebagai simbol isteri yang baik dan solehah.































Dahar Kembul/Dahar Walimah. Kedua pengantin saling bersuap nasi antara satu sama lain yang melambangkan kedua mempelai akan hidup bersama dalam susah dan senang dan saling menikmati hidup mereka bersama.


Mertui. Orang tua pengantin perempuan menjemput orang tua pengantin lelaki di depan rumah untuk berjalan bersama menuju tempat upacara. Kedua ibu berjalan di hadapan, kedua ayah di belakang. Orang tua pengantin lelaki duduk di sebelah kiri pasangan pengantin, dan sebaliknya.


Sungkeman. Kedua pengantin bersujud memohon restu dari kedua orang tuanya. Pertamanya ayah dan ibu pengantin perempuan, kemudian ayah dan ibu pengantin lelaki.












Resepsi perkahwinan. Setelah semua upacara selesai dilakukan, saatnya untuk resepsi pernikahan dan para tetamu mula makan dan minum makanan tradisional Jawa dengan disertai tarian tradisional Jawa dan muzik gamelan. Acara fotografi dan bersalaman dengan kedua pengantin juga dilangsungkan.


Korang agak-agak renyah tak nak buat ikut adat JAWA nii? Jangan fikir macam tu sebab sesuatu adat tu adalah PRECIOUS MOMENT yang akan kita simpan sampai bila-bila. Jadi, next? Adat apa lagi yang SBXS Photography nak bawa? Kena STAY TUNED untuk blog ni okay? Muah ciked 








































❤️

You Might Also Like

5 comments

  1. Hey . Saya currently kena buat assignment tentang perkahwinan Jawa. Which is saya kena organise perkahwinan Jawa. Boleh tak kalau saya nak guna information from this posting as a reference ? And your photos just utk refer the makeup, attire and some other detailing. Boleh tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello boleh saya tengok tak assignment awak mengenai perlahwinan jawa

      Delete
  2. hey currently saya tengah buat assigment which is saya kena buat lakonan tentang perkahwinan mengikut adat jawa. boleh tak kami guna gambar di blog ini sebagai rujukan ?

    ReplyDelete
  3. gambo member o tu...hihihi...

    ReplyDelete
  4. Boleh tak nak tau pengantin guna bridal siapa ya? Saya nak buat kahwin tema jawa juga. Tengah survey2 bridal yang boleh buat tema ala jawa ni. Kalau ada suggestion bagi tau ya. Thanks

    ReplyDelete