TIPS BRIDESMAIDS & GROOMSMEN

Sudah pastinya bakal-bakal pengantin memerlukan tulang belakang sepanjang majlis perkahwinan mereka berlangsung. Antara acara penting yan...


Sudah pastinya bakal-bakal pengantin memerlukan tulang belakang sepanjang majlis perkahwinan mereka berlangsung. Antara acara penting yang memerlukan bantuan orang lain adalah tukang bawa dulang hantaran. Lazimnya, tukang bawa dulang hantaran ini terdiri dari adik-beradik, sepupu-sepapat, dan ahli keluarga. Sejak beberapa tahun ini, bridesmaids  dan groomsmen dipilih dari kalangan rakan-rakan pengantin. Oleh itu, kami nak kongsikan sedikit tips untuk bridesmaids dan groomsens.

Pic courtesy of SukabumiXSebol

Pic courtesy of SukabumiXSebol



BRIDESMAIDS & GROOMSMEN YANG SPORTING

Korang kena pilih bridesmaids dan groomsmen yang sporting. Supaya bila korang arah-arahkan mereka untuk buat itu ini, diorang tak banyak bunyi. Diorang ikut sahaja arahan. Bridesmaids dan groomsmen yang sporting juga penting untuk sesi photoshoot nanti. Kalau jenis yang sporting dan gila-gila seronoklah nak posing depan camera nanti. Kalau yang malu-malu atau jenis yang serious tak best untuk ajak bergambar.



MEETING SEBELUM MAJLIS

Untuk majlis yang lebih lancar dan sistematik, pengantin perlu membuat perbincangan bersama bridesmaids & groomsmen sebelum hari majlis berlangsung. Pastikan masa mereka perlu sampai ke majlis diberitahu. Kalau tidak,ada yang datang lambat nanti, tergendala lah majlis kita nanti. Dulang hantaran yang akan dibawa nanti, perlu ditetapkan si tukang pembawanya dan mereka perlu bertanggungjawab supaya barang hantaran itu dalam keadaan baik. Selain itu, aturcara majlis yang terperinci perlu diberitahu. Supaya bridesmaids & groomsmen sentiasa peka dengan aturacara yang berlaku sepanjang majlis. 


PAKAIAN SEDONDON

Bridesmaids & groomsmen akan nampak lebih bergaya dan cantik apabila mereka mengenakan pakaian yang sama. Kalau korang ada bajet lebih, lebih baik korang sponsor persalinan mereka. Tempah satu kayu kain yang sama supaya warna tema tidak lari. Kalau tiada bajet, tetapkan warna tema untuk bridesmaids & groomsmen korang. Paling mudah, korang buat tema warna hitam. Mostly, ramai yang mempunyai baju warna hitam. Setidak-tidaknya takdalah bercampur-aduk warna baju bridesmaids dan groomsmen.


BERI PENGHARGAAN

Sebagai penghargaan atas kesanggupan mereka menjadi tulang belakang korang, korang jangan lupa creadit mereka ketika korang beri ucapan di depan tetamu ye. Selain itu juga, korang boleh sediakan saguhati untuk setiap bridesmaids & groomsmen korang. Paling  tidak pun, nanti bila turn diorang pula yang kahwin, korang jadilah sukarelawan bridesmaids & groomsmens diorang pula ya. 

Pic Courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol

You Might Also Like

0 comments