PERANGAI ISTERI KITA

SIKAP ISTERI YANG MEMBUATKAN SUAMI MENDERITA  1.>> QUEEN CONTROL   Isteri ini seorang yang gila kuasa dan mahu...





SIKAP ISTERI YANG MEMBUATKAN SUAMI MENDERITA 

1.>>QUEEN CONTROL 
Isteri ini seorang yang gila kuasa dan mahu mengawal segalanya. Dia melayan suaminya seperti tawanan atau sebagai anak-anak kecil. Dia mahu semua keputusannya suami ikut. Dia juga nak kontrol semua perbelanjaan keluarga walhal bukan dia pun yang duk cari nafkah. Setiap awal bulan je, dia akan mintak semua duit gaji suami. Dia akan kawal segala-galanya. Suami ini tak ada langsung peluang untuk memajukan diri kerana asyik dalam cengkaman isterinya. Mungkin juga si suami ini akan jadi bahan ketawa dan gurauan di kalangan rakan-rakan sekeliling.


2.>>GEMAR BERSOSIAL 
Isteri sebegini suka bergaya dan sentiasa nak cantik jerrrrr.. Kewajipan utamanya bukan pada urusan rumahtangga tapi sebaliknya, macam bersama tema-teman ke, majlis-majlis keramaian atau membeli belah. Dia tak ambik peduli hal rumahtangga termasuklah hal makan minum suami dan anak-anaknya. Dia sanggup balik rumah lewat-lewat malam tanpa pedulikan keadaan suami dan anak-anak di rumah. Dalam hal ni sah-sah le si suami yang jadi mangsa uruskan segala hal ehwal rumahtangga termasuklah makan minum anak-anak.. terbalik sudahhhhhh.. Lintang pukang la rumahtanggan kalau camni kan..??? 




3.>>SUKE BERLETER 
Sikap ini memang dah sinonim dengan wanita lebih-lebih lagi yang dah berumahtangga kan..? Isteri yang suka berleter ni, bukan aje berleter dengan anak-anak tapi juga pada suami mereka. Mereka sering tak puashati dengan apa jua perkara yang dilakukan suami. Seolah-olah serba serbi tak kena, baik soal penampilan, kerja mahu pun layanan pada pasangan. Isteri macam ni tak akan malu mendedahkan kelemahan suami pada rakan mahupun jiran tetangga. Dia juga begitu terbuka duk bandingkan suami sendiri dengan lelaki lain. Dia tak fikir yang tindakannya itu hanya membuka pekung di dada sendiri. Isteri macam ni selalunya mementingkan diri sendiri dan kurang sabar. Dia nak segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan terutama bila ia berkait dengan keinginan @ kemahuannya sendiri. Bagi mencari hiburan, si suami lebih senang berada di luar rumah. Ada yang sanggup melepak bersama rakan di kedai-kedai kopi hingga larut malam. Lebih teruk lagi jika ada suami yang mencari kedamaian hati dengan berdampingan dengan wanita lain.

You Might Also Like

0 comments