HONEYMOON KAT MALAYSIA PUN OKAY JUGAK!

Malaysia banyak lokasi-lokasi menarik untuk uols kunjungi. Malah, negara kita terkenal dengan kehadiran pelancong yang suka melancong di ne...

Malaysia banyak lokasi-lokasi menarik untuk uols kunjungi. Malah, negara kita terkenal dengan kehadiran pelancong yang suka melancong di negara ini saban tahun.
kalau uols masih tercari-cari tempat menarik untuk honeymoon . Sbxs share beberapa lokasi terbaik yang uols kena kunjungi pada tahun ini!

# Layang-layang, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kelantan 


Kelantan memang terkenal dengan pantai-pantai yang cantik dan menarik. Jangan lepaskan peluang melihat atau mencuba bermain layang-layang di sekitar kawasan Pantai Cahaya Bulan dengan pasangan uols tau! Mesti jadi kenangan paling romantik lepas kahwin .

#Candat sotong, Terengganu


Terengganu juga merupakan negeri yang mempunyai pantai bersih, cantik dan menarik. Bukan itu saja, negeri ini terkenal dengan aktiviti mencandat sotong sekitar bulan April hingga Julai. Uols boleh mengikut nelayan tempatan pergi mencandat sotong menaiki bot mereka apabila tiba musimnya nanti . Baru feel dating lepas kahwin macam mana pergi dia! Huhu

#Belon air panas, Putrajaya


Mungkin ramai yang tidak tahu Putrajaya merupakan lokasi sesuai untuk korang jadikan port untuk korang honeymoon. Uols boleh naik belon air panas dan melihat view yang indah sekitar Putrajaya

#Langkawi, Kedah


Langkawi merupakan lokasi tepat kalau korang dengan pasangan nak lari dari bandar dan mahu mencari ketenangan. Dengan pantai yang jernih, korang boleh membuat aktiviti snorkelling dan menyelam skuba kalau mahukan cabaran sikit ok! 

You Might Also Like

0 comments