PERANGAI BAKAL PENGANTIN YANG KAWAN MEREKA FAHAM

Korang ada kawan yang nak berkahwin? Cuba lihat kalau perangai ini ada atau tidak pada rakan korang tu! #Selalu on diet   Kalau ajak...



Korang ada kawan yang nak berkahwin? Cuba lihat kalau perangai ini ada atau tidak pada rakan korang tu!

#Selalu on diet 

Kalau ajak makan lunch ke, makan dinner ke, lepak minum-minum ke, selalu dia jawab "Tak boleh, tengah diet." HAH... ini memang biasa. Yang berjiwa gagah dan kental sedikit, ada yang lepak sama juga, tapi dia order makanan yang berkalori rendah sahaja. Ini memang respect ah.



#Jimat

Kalau dulu kawan korang ini suka shopping, beli baju, beli make up, beli macam-macam. suka travel, suka makan dan lain-lain, akhir-akhir ini dia seperti sudah perlahankan sedikit aktivitinya. Terutamanya aktiviti yang melibatkan belanja yang mahal. Ada juga yang sudah mula bawa bekal. Jangan diusik pulak. Bukan senang nak bendung aktiviti yang sudah selalu kita buat. Bagi sokongan padu. 



#3: Follow banyak akaun yang berkaitan perkahwinan di Instagram

Ada satu ruangan di Instagram yang selalu update aktiviti terkini kawan kita. Kawan yang sorang ini update dia selalu tentang dia like, komen atau follow akaun yang berkaitan perkahwinan. Daripada pelamin, pembuat hantaran, mekap, baju hinggalah kanopi. Semua dia follow.



#Korang jadi tukang eksperimen makan masakannya

Untuk kawan kepada bakal pengantin yang sudah pandai memasak, korang terselamat juga. Bagi bakal pengantin yang baru nak cuba-cuba memasak, kawan mereka ini yang selalu jadi tukang rasa dan makan. Kalau sedap okay, tapi kalau tak sedap tu kesian sikit. Tapi tak apa lah. Belajar memang kadang kala ada yang tersilap sedikit kan. Bagi tips memasak sikit untuk kawan anda itu. Sekurang-kurangnya dia optimis dan ada keinginan untuk belajar. Plus, anda pun dapat makan free.




#Stress sikit

Apabila ada projek baik seperti mendirikan rumah tangga misalnya, selalunya ada sedikit ujian. Masa ini kawan korang stress sikit. Kadang kala bila tak tahan itu boleh nangis-nangis. Korang kena kuatkanlah dia. Apabila tekanan itu datang daripada keluarga atau bakal mentua yang bermaksud tidak boleh masuk campur sebagai kawan, korang dengar sajalah. Sekurang-kurangnya ada yang mendengar. 

You Might Also Like

0 comments