SAVE THE DATE!

Hi SBXS Lovers! Admin tahu ramai antara korang yang majlis dah dekat tapi kad kahwin masih belum tempah lagi kan? Eh nak tunggu a...




Hi SBXS Lovers!

Admin tahu ramai antara korang yang majlis dah dekat tapi kad kahwin masih belum tempah lagi kan? Eh nak tunggu apa lagi tu? Kad kahwin lah benda paling penting untuk majlis kahwin korang tau! Zaman sekarang memang tidak dinafikan banyak teknologi yang lebih cepat dan mudah seperti media sosial. Eh tapi tak feel kahwin lah macam tu. Kahwin kalau boleh nak sekali je seumur hidup kan! Heheh.

Ni admin nak share sikit tips untuk korang pilih kad kahwin korang...



Haa korang kenelah tempah kad kahwin korang paling lewat 2 bulan sebelum tarikh mula edar kad kahwin. Jangan pula korang kira dari sebelum tarikh majlis korang. Nanti ada pula tetamu yang penting yang korang terlepas untuk jemput sebab kesuntukan masa. 



Korang juga perlu tahu waktu pemprosesan kad kahwin korang. Dari start pemilihan design sehingga ke editing seterusnya ke printing. Ini akan memudahkan proses untuk korang edarkan kad kahwin mengikut tarikh yang telah korang pilih dan tidak akan menggangu kerja-kerja korang yang lain.


Eh korang juga jangan lupa untuk memeriksa dahulu details pada kad kahwin korang. Korang perlu pastikan semua details yang korang bagi tepat. Jangan sampai tersalah tarikh atau alamat tau! Nanti jenuh pula tetamu nak cari tempat majlis korang. Lebih elok kalau korang sediakan peta di belakang kad untuk memudahkan tetamu korang.
   

Di samping itu, korang juga jangan melengah-lengahkan confirmation draft. Korang kene pastikan korang membuat confirmation secepat mungkin untuk memastikan kad kahwin korang dihantar cetak dan siap pada masa yang korang dah tetapkan. Kalau boleh korang elakkan memaksa pihak kedai menyiapkan kad kahwin awal dari tarikh ynag korang dah tetapkan bagi mengelakkan kualiti kad atau percetakan yang teruk.


Untuk mengelakkan pembaziran korang kenelah membuat perbandingan harga terlebih dahulu. Jangan survey 1 tempat sahaja. Pastikan korang membandingkan dari segi harga, design dan kualiti kad kahwin yang ditawarkan. Jangan harap murah saje tapi kualiti kad hancusss!


Korang juga perlu elakkan membuat 2 jenis kad yang berbeza. Contohnya untuk tetamu VVIP dan orang biasa korang buat kad kahwin yang berbeza. Selain kuantiti yang sedikit design berbeza juga akan menambah kos untuk pembuatan kad kahwin korang.



Haa seperti yang admin cakap kat atas tadi kuantiti kad yang terlalu sedikit juga akan mempengaruh kos pembuatan kad korang. Korang kene elakkan menempah kuantiti kad kahwin yang sedikit dan kemudian datang kembali untuk menempah kad kahwin korang semula kerana tidak cukup. Bukan saje membuang masa , kos tempahan juga akan bertambah.



Admin ada berita baik untuk korang yang masih belum ada kad kahwin tu. Jom follow I DO WEDDING CARD BY SBXS untuk lebih banyak kad kahwin yang simple dan elegen atau korang boleh je contact admin terus. Kita set appointment untuk korang lihat dan rasa sendiri kualiti kad kahwin kami. PROMO NOVEMBER telah dibuka untuk 15 pasangan yang paling stylo. Nak tahu apa PROMO NOVEMBER? Kenelah hello hello admin okeh! muahhh ciked!










You Might Also Like

0 comments