Would You Be MY Bridesmaid?

Oh bridesmaid! Memang dah jadi trend sekarang, majlis perkahwinan harus diserikan dengan 'dulang girls' yang juga merupakan bridesma...

Oh bridesmaid! Memang dah jadi trend sekarang, majlis perkahwinan harus diserikan dengan 'dulang girls' yang juga merupakan bridesmaid kepada pengantin perempuan.



Selalunya, beberapa bulan sebelum berlangsungnya majlis itu, admin pasti bakal pengantin perempuan pasti sudah sibuk memikirkan tentang siapa calon yang paling sesuai untuk 'dilamar' menjadi pengiring sepanjang majlis nanti kan. Ni admin share skit tips yang korang boleh follow untuk memilih bridesmaid.


 Kebanyakkan dari bakal pengantin akan memilih bridesmaid dari kalangan teman rapat diorang mahupun dari saudara mara sendiri. Korang kene pilih teman baik yang selalu ada masa korang susah mahupun senang. Lagi senang kalau korang pilih 'bestfriend' korang sendiri. Mereka lebih tahu apa yang korang mahukan. 




Bridesmaid korang tak semestinya perlu kenal antara satu sama lain. Contohnya seorang kawan dari sekolah menengah dan seorang lagi dari universiti. Dengan menjadi bridesmaid korang diorang kan boleh mengenali antara satu sama lain dan boleh merapatkan silaturahim! Mana tahu lepas ni korang boleh keluar bersama beramai-ramai pulak kan!


Tapi kalau ada diantara bridesmaid korang yang mempunyai sejarah hitam bila bersama baik korang jangan pilih diorang jadi bridesmaid korang. Nanti majlis korang yang akan jadi huru-hara sebab kan diorang bergaduh! Nanti ada pulak yang tarik rambut di majlis korang nanti! Heheh



Dan yang paling penting bridesmaid korang kenelah rajin melakukan tugas yang korang dah bagi pada mereka. Dari bachelorette party ke malam berinai sehinggalah ke majlis perkahwinan korang, diorang ni lah yang banyak membantu korang dan akan sentiasa menjadi pendokong semangat serta sedikit sebanyak menceriakan sambutan majlis perkahwinan korang tu.



Dan yang paling penting diorang rela untuk disusahkan beberapa bulan sebelum majlis. Korang kene buat diorang rasa special sebab tanpa diorang majlis korang tentu tidak akan semeriah yang disangka!








You Might Also Like

0 comments