"Cat lover girls" Pilihan Wajib Dijadikan Pasangan Hidup

Guys , korang mesti nak cari pasangan yang terbaik untuk dijadikan suri hati , walaupun terpaksa menunggu lama untuk jodoh untuk yang a...


Guys , korang mesti nak cari pasangan yang terbaik untuk dijadikan suri hati , walaupun terpaksa menunggu lama untuk jodoh untuk yang akan hadir dalam hidup korang , pastinya itu pilihan paling terbaik disebabkan ada juga wanita dengan ciri yang tak boleh didekati dan malah tidak sesuai untuk dijadikan isteri
Actullay kalau korang nak tahu , ada banyak ciri - ciri wanita yang sesuai dijadikan isteri ini. Contohnya,  A cat lover girls! Pencinta haiwan menunjukan sifat dirinya seorang yang loving, penyabar, smart , mudah diajak berkomunikasi, suka menolong, suka berkorban dan bakal menjadi seorang ibu yang paling terbaik.
Haa jom check this out , sebab cat lover girls wajib dijadikan pasangan hidup korang!
#1 Penyayang
Kucing adalah haiwan yang sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari pemiliknya. Tidak cukup memberikan makan dan menguruskan kebersihannya sahaja.Tetapi kucing juga memerlukan masa lagi lagi playtime kucing , kalau tidak mungkin kucing korang bakal stress gila dan paling tak best akan menjejaskan kesihatan mereka!
Cat lover girls confirm seorang penyayang , kalau sesuatu berlaku pada kucing pasti dia akan rasa sedih, malah sanggup berbuat apa sahaja asalkan kucingnya sihat kembali. Haa, kucing saja dah sayang apatah lagi diri kekasihnya

#2 Penyabar!
Kucing bukanlah pandai mengemas rumah kecuali mencuci bulunya sahaja. Even rumah bersepah kerana angkara si kucing ini, Cat lover girls pasti akan banyak bersabar. Sifat-sifat sabar ini terlahir dalam diri sebab rutin harian yang sememangnya sentiasa bersabar dengan perangai nakal kucingnya. Thats mean yang terjadi dengan cintanya. Mesti dia akan hadapi dengan sabar dan tabah! Cayalah ..

#3 Senang nak ajak berbual
1 masalah punca keruntuhan rumah tangga adalah kegagalan pasangan berkomunikasi antara satu sama lain. Korang setuju? Cat lover girls selalunya memang petah bercakap apatah lagi perangai mereka yang memang sangat comel bila membebel ,  sebagai contoh kalau kita lihat mereka selalu akan berborak dengan kucing, meluahkan perasaan pada kucing kesayangannya.
Haa korang jangan terkejut pulak kalau cat lover girls ni selalunya manjakan pasangannya sama seperti kucing. Haa meowwww 

#4 Suka menolong
Mereka ni sangat suka menolong, pantang nampak kucing di kedai makan yang meminta makanan. Tanpa segan silu dia cepat-cepat hulurkan makanan. Kalau boleh yang dalam mulut pun dia nak bagi jugak! Ada kucing sakit pasti dia akan hulurkan pertolongan.

#5 Calon ibu yang terbaik
Macam baby , kucing memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari pemiliknya. Makan dan minuman, pemeriksaan gigi, kulit, telinga, mata, kuku, harus selalu setiap hari walaupun penat macam mana sekalipun. Cal lover girls, mereka tidak hirau sepenat apa dia bekerja seharian. Janji kucing dapat bermain dan sihat itu sudah membahagiakan mereka , silap haribulan penat pun boleh hilang macamtu je bila tengok teletah kucing mereka!

Sifat sebegini sangat diperlukan seorang calon ibu. Semua hal yang dilakukan terhadap kucing pastu membuat sifat keibuannya terlatih menjadikan latihan menguruskan anak suatu hari nanti. In Sha Allah .. Cat lover girls tak sesuai dijadikan kekasih tapi sangat sesuai dipilih menjadi calon seorang isteri. Macam mana guys ? Setuju tak? 

You Might Also Like

0 comments