TIPS KECANTIKAN UNTUK PENGANTIN YANG STYLO MACAM KORANG.

Setiap bakal pengantin pastinya ingin tampil cantik dan menawan di hari bahagia mereka. Walaupun dengan mengenakan solekan yang nipis, tetap...


Setiap bakal pengantin pastinya ingin tampil cantik dan menawan di hari bahagia mereka. Walaupun dengan mengenakan solekan yang nipis, tetap nampak anggun dan berseri. Kalau korang nak tampil cantik, mestilah buat persediaan awal tau. Jangan pula esok nak nikah, harini baru sibuk pakai macam-macam produk. Nanti muka yang cantik, jadi monster pulak.



Admin nak share dengan korang antara tips yang mak-mak kita pakai dulu. Haa sebab tu orang dulu-dulu sentiasa tampil anggun. Tak caya? Try lah. Admin dah buat tau walaupun belum nak kawin, tapi nak sentiasa tampil cantik dan menawan memang lah bukan suatu kerja yang mudah. Bak kata orang 'Beauty is Pain'. Usaha tu yang penting dan rajin! Okay?






Mesti korang belum pernah dengar lagi tips yang pertama admin nak bagi ni. Betul-betul mujarab tau. Tapi korang kena alert! 44 hari sebelum tiba majlis korang, amalkan lah makan kelopak bunga mawar setiap hari. Hey, makan kelopak je. Jangan dimakan batang dan daunnya sekali. Menyeal seumur hidup kang. Hehe. Mudahnya cara dia, ambil segelas air masak, baca lah selawat 3 kali, makan kelopak bunga tersebut dan minum terus air. InsyaAllah wajah korang akan munggil. Memang kena try tau!




Kalau tadi 44 hari sebelum majlis, yang ni pulak 30 hari sebelum majlis. Haa betul tak admin cakap? Kena alert dan rajin. Jangan malas atau tak disiplin tau. Korang nak cantik ke tidak ni? Ikut petua ni okay? Ambil segenggam daun sireh yang besar sizenya. Tak tahu bentuk daun tu macam mana? Google je atau tanya orang! Hehe. Rebus daun tu dengan air masak sampai lah warna air bertukar kehijauan. Biarkan sedikit suam, ambil air tu kemudian sapu perlahan-lahan di seluruh muka korang. Jangan mandi pulak. Sapu je. Dah serata tu, biar lah dalam masa beberapa minit (15-20minit) dan terus bilas dengan air bersih. Nak tahu untuk apa? Untuk melembapkan kulit wajah korang. Amalkan dua kali sehari. Start dari awal yeh?







Eye-bag berleluasa? Oh noooo! Mata adalah yang paling menjadi tumpuan pada wajah seseorang. Jadi, penjagaan mata teramatlah penting. Korang tahu penjagaannya? Supaya kurang sikit eye-bag tu? TIMUN lah jawapannya. Cara penggunaannya? Korang cuci dulu timun tu sampai bersih, lepas tu potong timun dalam size bulat (jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal). Tekapkan timun tersebut kat mata korang. Relaks lah selama 30 minit. Dah rasa sejuk sikit, cuci muka. Yayy! TIADA LAGI EYE-BAG. Buat setiap malam okay?




Kebanyakkannya wanita yang terlalu focus pada produk-produk kecantikan yang kita sendiri tak tahu apa bahan yang terkandung dalam tu. Itu lah yang admin nak share dengan korang. Korang tahu tak LOBAK MERAH ni ada Vitamin E? Yang boleh hilangkan parut pada wajah korang. Ni admin baru tahu tau. Tu yang admin nak share dengan korang tu. Senang je, parut lobak sampai hancur, sapu je kat muka tu. Biar 30 minit (lagi lama lagi bagus) last sekali bilas je dengan air suam. Buat setiap malam, gerenti bangun pagi PUFFFF JERAWAT TERUS HILANG! Wahh powernya!




Tips terakhir yang admin nak share dengan korang, adalah berkaitan dengan AIR KELAPA TUA. Selalu orang buat minum kan? Yang ni antara kebaikan air kelapa tua yang mampu buat kulit korang sentiasa lembap. Caranya? Semudah ABC. Ambil air kelapa tua. Ingat! Yang TUA tau. cuci je muka korang tu. Tunggu dalam 20-30 minit sampai air kelapa tua tu meresap & bilas je muka korang. Tedaaaa! Kulit selembut bayi. 




INGAT TAU! Kalau korang ada masalah kulit, minta elakkan dari pakai make up yang terlalu berat. Kalau boleh, biar nampak natural. Sambil tu korang boleh amalkan petua dan tips yang admin bagi tu. Pelan-pelan kayuh. Confirm menjadi. Selawat tu jangan tinggal setiap kali nak mulakan ❤️




You Might Also Like

0 comments