TREND TERKINI| HENNA PUTIH LEBIH ELEGANT

Makin banyak perubahan yang kita dapat lihat dari zaman kita kecil sehingga zaman kita dewasa. Pasti banyak benda yang di upgrade dari ...



Makin banyak perubahan yang kita dapat lihat dari zaman kita kecil sehingga zaman kita dewasa. Pasti banyak benda yang di upgrade dari semasa ke semasa. Revolusi inai juga taknak ditelan dek zaman.  Pada zaman duhulu, inai diperoleh dari pokok inai dan ianya ditumbuk sebelum dipakai. Pemakaian inai juga pada hujung jari tangan dan kaki. Ia juga dipakai di keliling kaki. Makin zaman beredar, kehadiran henna diganti dengan inai. Henna juga berasal dari tumbuhan atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis. Ukiran di atas tangan daripada Henna dipanggil Mehndi. Henna juga lebih mudah didapati dan ianya lebih praktikal sebab banyak terdapat dalam bentuk ready-made. Tinggal untuk pakai sahaja. Berbanding inai, henna boleh dibuat ukiran, corak yang cantik-cantik diatas tangan supaya bertambah lagi seri kepada pengantin. Pemaikaian inai agak terbatas untuk membuat ukiran atau corak di tangan. 

10 tahun yang lalu, ukiran Mehndi dilukis di tangan pengantin dengan pelbagai corak yang cantik. Ianya berwana coklat kemerahan. Tahun lepas henna merah ini diganti pula dengan henna berwarna putih. Lepas ni, tak tahu pula warna apa yang pengantin akan pakai. Warna pink? biru? ke purple? Kita tunggu dan lihat ye. Korang jangan ingat diorang pakai liquid paper atau kapur kasut ye. Buat malu je kalau korang silap. 
Bagi mereka yang berkulit gelap, ianya amat memukau bila pengantin mengenakan Henna putih ini. Ianya satu kombinasi yang sangat sepadan. Bagi mereka yang berkulit putih pun, tiada masalah untuk mengenakan henna putih ini. Tetap nampak cantik juga.

Kalau nak dibandingkan zaman sekarang dan zaman dahulu, zaman sekarang lebih mudah untuk peroleh duit kepada sesiapa yang menceburkan diri dalam bisnes perkahwinan ini. Kalau zaman dahulu, upah pakai inai hanya percuma sahaja. Sebab ianya dipakaikan oleh ahli keluarga atau saudara-mara. Pada zaman kini, upah pakaikan henna paling simple pun dah RM25. Garu kepala juga pengantin kena khaskan bajet untuk pakai henna. Itu belum termasuk bajet-bajet lain lagi. Kalau taknak keluarkan duit, boleh je nak back to basic pakai inai daun. Tapi sapa yang taknak cantikkan? Yedok?

Since hujung tahun lepas, ramai client-client kami yang mengikut trend pakai henna putih. Korang pula bila lagi? 


Pic courtesy of SukabumiXSebol

Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol

You Might Also Like

0 comments