DIA JODOH AKU?!!!

Kadang-kadang jodoh itu dekat dengan kita cuma kita yang sibuk mencari yang jauh sehingga tidak perasan sebenarnya jodoh ada didepan ma...


Kadang-kadang jodoh itu dekat dengan kita cuma kita yang sibuk mencari yang jauh sehingga tidak perasan sebenarnya jodoh ada didepan mata. Kadang-kadang jodoh itu jauh cuma masa dan keadaan yang menentukan. Kadang-kadang jodoh itu tidak diduga datang mengejut tup tap tup tap terus berkenan dan akad nikah.
Tapi ada juga jodoh yang ditelah ditentukan oleh ibubapa. Bercinta selepas kahwin pun ada juga. Semuanya telah ditetapkan yang penting macam mana kita pupuk cinta kita terhadap si dia.Kenali tanda-tanda Si Dia Jodoh Kita :
Menerima seadanya 

Si dia tidak kisah dengan kekurangan korang serta menerima korang dengan sebaiknya tanpa mengharapkan yang lebih dan selesa bila bersama 


Sangat mudah 
Semuanya yang berkaitan dengan si dia sangat mudah. Setiap perjalanan hidup korang dengan si dia sangat selesa dan lancar. Setiap apa yang dirancang pasti berjaya atau ada bantuan yang hadir membantu.
Saling membantu 
Setiap kali bila mengalami masalah si dia pasti berusaha untuk membantu walaupun sedikit begitu juga apabila si dia mengalami masalah korang turut merasakan sesuatu dan ingin membantu sedaya mungkin.
Keluarga menerima dengan baik 
Cukup mudah apabila diperkenalkan dengan keluarga terus diterima si dia tanpa banyak soal dan bicara. Si dia mudah bergaul dengan keluarga dan melayan mereka dengan baik.


Saling melengkapi 
Setiap kekurangan korang pasti ada kelebihan pada si dia contohnya anda pemarah tapi si dia penyabar dan lembut orangnya. Sememangnya setiap pasangan itu saling melengkapi pasangannya itu yang menjadikan rumahtangga harmoni dan berkekalan.

Selesa 
Sewaktu bersama si dia kita sentiasa senang, tidak berasa bosan, jemu malah tidah rasa tertekan atau terpaksa. Selalu tenang dan berasa selamat malah gembira selalu dan rindu bila berjauhan.
Solat istikharah dan tawakkal 
Jodoh dan pertemuan semuanya daripada Allah SWT. Kita hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan sebaik-baiknya kita berdoa agar jodoh yang kita pilih merupakan jodoh yang paling baik untuk kita di dunia dan di akhirat.

You Might Also Like

0 comments