OMGG! DIA CURANG?

Curang atau bersikap tidak setia pada pasangan hidup tidak kira yang sudah berumah tangga mahupun belum sering berakhir dengan episod d...


Curang atau bersikap tidak setia pada pasangan hidup tidak kira yang sudah berumah tangga mahupun belum sering berakhir dengan episod duka. Hakikatnya curang agak sukar untuk dikenal pasti sekiranya pasangan bijak mengaburinya dengan tingkah laku mereka. Namun apabila tingkahnya dikesan, bermulalah juga kemusnahan pada kepercayaan dan janji setia pasangan yang ternoda.

Semak tanda-tanda jika pasangan korang curang dalam perhubungan. 

Berpura-pura 

Bagi menutup kesalahan yang dilakukan, majoriti mereka yang curang terhadap pasangan licik dalam memainkan watak setia tatkala bersama. Kemungkinan ramai ada yang ingin menutup syak yang mula dihidu dengan memberikan hadiah atau kejutan kepada pasangan mereka. Namun, jangan mudah berburuk sangka kerana takut boleh merosakkan hubungan korang . Jadi, selidik dengan teliti terlebih dahulu.

Suka mengelak jika diajak berbincang

Tatkala diajak duduk untuk berbincang perihal hubungan kalian yang kian menegang, si dia asyik memberi pelbagai alasan untuk mengelak. Selalu sahaja menukar topik yang cuba korang tujukan. Mungkin si dia sudah mula bosan dengan perhubungan , mempunyai orang lain atau mungkin juga si dia mempunyai masalah lain di pejabat. Selidik dan perhatikan gerak gerinya jika si dia tidak mahu bawa berbincang kerana mungkin ada sesuatu yang si dia cuba sembunyikan.

Cepat marah

Ada sahaja yang tidak kena dibuatnya. Bahkan sudah mula berani melontarkan kemarahan di hadapan khalayak ramai. Tidak seperti pada awal perkenalan, segalanya sudah mula dingin dan mudah emosi dengan sesuatu perkara. Bila ditanya, dimarahi pula. Setibanya peringkat sebegini, boleh dikatakan peratusannya tinggi yang si dia mempunyai kekasih lain di luar sana. Cara terbaik untuk menyelesaikannya adalah duduk dan berikan penjelasan akan status hubungan korang agar segalanya boleh diselesaikan dengan cara matang dan dengan baik.


Mula tidak ambil peduli

Jika sebelum ini si dia sering membawa kita keluar menjamu selera, membawa kita ke klinik ketika jatuh sakit dan banyak lagi. Namun kini segalanya tiada lagi. Tatkala di tanya sering sahaja jawapannya adalah sibuk bekerja. Mungkin ya, mungkin juga ada sesuatu yang si dia cuba sembunyikan. Cuba selidik dan sebaiknya perhatikan perlakuan serta gerak-gerinya agar tidak mengundang kekecewaan di kemudian hari yang hanya diketahui akan kebenaran curang itu melalui buah mulut orang.

Banyak Alasan

Yang paling ketara banyak sangat alasan yang dia bagi ketika kita ajak dia keluar pergi mana mana , Jangan cakap nak keluar , nak text macam dulu pun dah takda masa , Haa sabar jela!

Pandai Bergaya

Kalau jenis pasangan kita tak suka bergaya , senang je nak tengok! Dan tiba dia suka bergaya , pakai minyak wangi .. kemungkinan ada sesuatu kat situ!

Perkara yang paling digeruni dalam perhubungan adalah apabila pasangan mula berubah kerana ada yang lain bertakhta di hati. Sebelum terlambat, semak tanda-tanda jika si dia mungkin sedang pasang dua (atau tiga). hehehe jaga jaga gais!

You Might Also Like

0 comments