Cara pujuk pasangan korang merajuk? Ego ke Sensitif?

Cuba korang ingat bilakah kali terakhir suami atau teman lelaki kita merajuk? Sekiranya korang adalah lelaki, bila agaknya kali terakhi...



Cuba korang ingat bilakah kali terakhir suami atau teman lelaki kita merajuk? Sekiranya korang adalah lelaki, bila agaknya kali terakhir merajuk? Siapa yang lebih kerap merajuk? Lelaki atau perempuan? Sila simpan jawapan di dalam hati korang kerana ruangan ‘Percintaan’ kali ini akan mengupas 5 cara yang dirasakan tepat untuk memujuk lelaki yang merajuk.
Lelaki, walau nampak ‘macho’, sebenarnya sensitif dan ego. Marah tidak tentu pasal. Namun ada rahsia memujuk lelaki yang merajuk. Buat para wanita yang bergelar isteri, boleh aplikasikan pada suami sendiri. Check this out!
1. Kenalpasti Punca
Untuk memujuk lelaki yang sedang merajuk, perkara pertama yang korang perlu kenalpasti adalah punca atau sebab lelaki itu merajuk. Sekiranya tahu puncanya, maka ia lebih mudah untuk memujuk golongan lelaki kerana kita hanya perlu mengaku kesilapan atau kesalahan kita walaupun terang-terangan bukan salah kita serta menyokong tindakan ‘merajuk’nya itu.
Ingat! lelaki mempunyai satu sikap tegar iaitu ego. Jangan ditambah atau dicabar egonya ketika lelaki merajuk. Puji mereka demi meneruskan perhubungan awam yang baik selanjutnya.


2. Buat lawak 
Lawak adalah salah satu bentuk hiburan yang boleh diterima setiap individu. Namun, hiburan perlu diketengahkan atau dilakukan pada masa dan tempat yang sesuai.
Sama ada kita perasan atau tidak, kita boleh menggunakan lawak ketika ingin memujuk soerang lelaki. Cuba mendekati lelaki yang sedang merajuk dan mula buat lawak yang tidak perlu keterlaluan dan komedi atau berseloroh yang ringan.
Untuk menjaga hati ada yang berusaha untuk berjenaka serta menjaga air muka ‘cool’ atau ‘macho’ mereka, mereka akan cuba memberi maklumbalas dengan mula mengukir sedikit senyuman. Itu petanda perangkap sudah menjadi hehehe


3. Mengajak melakukan perkara yang dia suka
Walaupun seorang lelaki itu sedang merajuk, tetapi hari kecil mereka masih sukar untuk menolak aktiviti kebiasaan atau tabiat mereka. Contohnya, ajak lelaki yang merajuk ini ke luar pejabat untuk merokok. Pasti semua masalah bakal dikongsi dan dilepaskan.
Contoh yang lain, ajak mereka bercerita tentang sukan seperti Liga Inggeris atau Liga Malaysia ataupun hobi yang biasa dikongsi bersama.


4. Kalahkan mereka dengan kelemahan
Setiap manusia pasti ada kelemahan. Begitu juga dengan lelaki, Umpan sifat rajuk mereka dengan kelemahan mereka. Contohnya, kawan atau teman yang paling rapat dengannya. kita juga boleh memanipulasi orang yang mereka paling sayang seperti teman wanita, tunang atau isteri. Ada yang boleh menyuruh ibubapa atau adik-beradiknya. Kadang-kadang, mereka tidak seharusnya perlu berdepan atau bersemuka dengannya, taktik ini boleh digunakan menggunakan panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas sahaja. Ada yang lebih moden dengan menggunakan lamam sosial atau sembang seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’ dan lain-lain lagi.


5. Ugutan Manja
Sekiranya semua yang kita telah lakukan seperti di atas tidak menjadi dan kita sudah penat melayan karenah lelaki merajuk, maka sudah tiba masanya untuk melakukan tindakan yang drastik atau perlakukan atau tindakbalas keterbalikan psikologi (reverse psikologi).
kita juga ada hak untuk merajuk manja. Lagipun, jika difikirkan sejenak apa rasionalnya seorang lelaki merajuk? Jawapannya, sudah pasti ingin menarik perhatian dan ingin pasangan atau orang sekeliling memanjakannya. Oleh itu, sekiranya rajukannya itu memberi kesan yang berbeza dan tidak dijangka oleh si lelaki tersebut, pasti dia akan berpaling kembali memperbetulkan keadaan. Bak shasha solero ‘Macam comel je, macam comel je’. Hihihi


You Might Also Like

0 comments