AKHIRNYA ... SOCIAL LIGHT EMPIRE SDN. BHD.
23:18
SOCIAL LIGHT EMPIRE SDN. BHD. . Ya, itulah nama baru bagi syarikat kami yang baru dinaik taraf kepada SDN. BHD. Alhamdulillah setelah 6 tahun bawa nama SBXS Photography, kami berjaya menguatkan lagi syarikat dengan title SDN. BHD. ni. Pada nama ni, terdapat beberapa buah anak syarikat iaitu SBXS Photography KL & JB SG, Filmachine, I Do Wedding Card & Photobooth. Apa yang menariknya anak-anak syarikat ni? Haa itu lah yang admin nak kenalkan. Korang kena teruskan membaca okay?
Korang teruja tak tengok gambar ni? Sebab admin pun tersangat lah teruja sampai meleleh air mata. Ni lah hasil dari SBXS PHOTOGRAPHY (HQ) yang korang takkan jumpa dekat mana-mana. Sebab hasil SBXS PHOTOGRAPHY (HQ) ni sangat LIMITED!
SBXS PHOTOGRAPHY, satu nama yang kian meningkat. Established in 2010. Ada apa dengan SBXS PHOTOGRAPHY? Foto majlis kawin korang pastinya mantap dan fresh! Tanak ke gambar kawin cantik? Eh ruginyaaa. Sekali seumur hidup kot. Kena lah simpan jadikan kenangan sepanjang zaman. Nak tahu? Kena check out gambar kami kat Official Page. Alaaa, korang type je SUKABUMIXSEBOL PHOTOGRAPHY (Singkatan SBXS) kat google tu, dah jumpa. Haa power tak? Jom kita stalk official page bagi SBXS (HQ) ni. FB - SUKABUMIXSEBOL PHOTOGRAPHY. IG - sbxs . Heyy mesti korang berpinar mata tengok gambar cantik.
HAAA, yang ni pula hasil creative dari SBXS PHOTOGRAPHY (JB-SG). Korang mesti tergamam kan? Macam mana pula tetiba ada JB-SG pula ni? Sejak bila ni?
Rasa confident tu bertambah setelah wujudnya 2nd branch kami di Johor Bharu. Khas buat client yang tinggal di seluruh Johor & Singapore. Harga pakej? Mestilah harga kasih sayang. Walaupunbaru je tubuh pada March 2016, alhamdulillah nama di JB-SG kian meningkat naik. InsyaAllah banyak lagi benda baru yang akan kami keluarkan. So korang kena lah terus menyokong kami tau tau tau. Pergi ke kat official page kami di FB - SBXS photography JB-Singapore. Dekat IG - sbxsjbsingapore
Walaupun 2nd branch SBXS di JB-SG, semua hasil akan di produce di HQ. Jadi kualiti yang akan customer dapat adalah yang terbaik sebab designer kita yang bertauliah akan sekatakan gambar dari segi editing dan finishing. So korang tayah lah risau okay?
FILMACHINE, ya nama baru dalam industri videografi ni. Walaupun baru, tapi FILMACHINE dah buktikan yang kami mampu hasilkan video yang menarik untuk di buat kenangan. Lagi-lagi kalau moment nikah tu. Memang kami highlight lebih. Ya laa, lafaz akad bukan boleh diulang kan? Jadi moment yang penting tu kena lah ada. Jangan missed satu pun! No no. FILMACHINE kini dah ada pakej dengan DRONE tauu. Korang memang jangan lepaskan peluang ni. Jom terjah official page kami kat FB - Filmachine. IG - filmvchine (under maintenance) & YouTube - filmachine by sbxs
STYLO WEDDING VIDEO
AWESOME POST WEDING VIDEO (BEHIND THE SCENE)
I DO WEDDING CARD? Yes we do a wedding card. Kenapa tak boleh? Sebab design yang kami buat sememangnya lain dari yang lain. Dengan design yang fresh & up-to-date, client pasti lebih rambang mata untuk memilih design. Selain wedding card, kami juga membuat pakej khas iaitu Pre Wedding + Wedding Card. Bunyi macam menarik? Ya iyalah, memang sangat menarik. Di samping dapat wedding card, korang juga dapat shooting pre wedding. Dalam wedding card ada gambar korang yang kebaboom tu, fuhhh mesti orang sayang nak buang card. Nak tengok antara contoh wedding card kami? Boleh ke official FB - I Do Wedding Card atau IG - idoweddingcard.by.sbxs. Memang design meletop & tak tercapai akal korang tengok.
Memang banyak lagi design fresh yang admin kena tunjuk kat korang tau. Tapi kena lah contact admin. Hehe. Yang pasti nya memang korang akan dapt yang terbaiik dengan I DO WEDDING CARD! WAHHH DESIGN YANG SUPER AWESOME DARI I DO WEDDING CARD ni memang tak puas tengok. Memang kena datang gallery SOCIAL LIGHT juga! Korang confirm rambang mata. Sebab design-design kami dibuat sendiri oleh designer power di I Do Wedding Card. Ruginya kalau korang tak check out! Pergi je ke official page kami di FB - I Do Wedding Card. Dan di IG - idoweddingcard.by.sbxs
Selain photo, video, wedding card, kami di SOCIAL LIGHT pun ada buat PHOTOBOOTH yang sangat special. Kenapa special? Ni haa nak cerita. First sekali semestinya bentuk photobooth kami yang memang takda lagi orang lain buat sebab bentuk nya DINOSAUR yang diberi nama FAROUQ ALI! Hebat kan?
Dalam pakej photobooth ni juga memang ada disediakan BACK DROP yang korang boleh pilih sendiri ikut tema wedding korang. Dengan adanya PROPS yang awesome tu, confirm majlis korang akan lebih meriah! Template pada gambar Terdapat juga GUESTBOOK yang korang sendiri boleh design. Nak gambar dekat luar ke, mahupun kat dalam guestbook tu. Lebih havoc lagi dengan adanya 2 person in charge. Confirm ramai yang beratur untuk dapatkan gambar sebab semua gambar yang diambil akan dimuatkan dalam DVD Soft Copy. Jangan risau, walaupun korang hampir tak dapat melayan semua orang, tapi dengan adanya gambar soft copy, korang pasti akan hargai moment dari para tetamu yang datang.
Di samping ambil wedding photo/video shoot, korporat shoot, product & convocation shoot, kami juga ada buat MINI STUDIO PHOTOSHOOT. Walaupun mini, jangan risau sebab lighting semua complete. Tinggal korang nak ready and action je! Sebab fotografer/videografer kami memang jenis tak kenal erti penat untuk belajar benda baru. Memang sangat recommended. Harga berapa? Hey, kena lah contact admin tau sebab dari Mini Studio ni lah korang boleh dapatkan gambar yang purrrrfffeeccttt! Selain lighting yang complete, kami juga ada sediakan backdrop (hitam & putih) basic yang korang tak perlu rasa ragu-ragu dengan kualitinya. Yang pasti gambar/video korang akan jadi aweeeesssooommmeee!
Mini studio by SBXS/FILMACHINE memang khusus untuk single shoot (person). Dah nama pun mini kan? Hehe. Kalau korang yang nak buat cover album ke, agak-agak nak buat Profile Company ke, tak kira yang basic atau korporat tu, memang dialu-alukan. Yang bakal pengantin nak buat gambar banner dan bunting pun boleh, takda masalah. Memang banyak benda yang boleh kami buat walaupun hanya dengan MINI STUDIO ni :)
MARKETING & PRODUCTION
APA RAHSIA MARKETING SOCIAL LIGHT EMPIRE? Nak tahu ke? Hehe. Kami mempunyai team marketing yang alhamdulillah kukuh nya seperti bangunan tertinggi di dunia. Wahh! Setiap ahli memang memainkan peranan yang penting dalam membuat marketing. Tidak kira online atau offline. Servis yang diberi memang sangat memuaskan hati para client. Bukan admin cakap tau, diorang yang bagitahu. Hehe. Dari sales ke servis memang tip top SOCIAL LIGHT EMPIRE bagi. Sebab apa? Client lah sumber rezeki kita. Ayat kena power. Product mesti lah kena power juga.
Di SOCIAL LIGHT EMPIRE, kami ada sistem yang dibuat sendiri untuk team SALES & MARKETING. Dari segi posting, social media sampai lah ke meet & greet customer. Sebenarnya sales ni boleh dibuat dalam pelbagai cara. Bila dealing with customer, first thing first, mestilah kita sentiasa ready dari segi cara pemakaian yang nampak confident, sampai lah dari segi percakapan. Bila explain pada customer, ayat yang dikeluarkan mestilah kena dengan tujuan sebenar. Sesetengah orang, explain panjang mana pun, tetap customer tak faham sebab tak sampai dari tujuan sebenar. Selalunya team SOCIAL LIGHT akan approach customer untuk datang ke gallery dan lihat sendiri apa yang ada pada kami. Supaya mereka sendiri confident dengan product yang kami terangkan. Bila dah ada rasa confident, dengan senang hatinya customer pasti close! Hehe.
Setelah selesai close customer, team sales & marketing akan ke next explanation tentang SOCIAL LIGHT agreement supaya tiada masalah di kemudian hari. Dari cara pembayaran sampai lah ke pemilihan fotografer/videografer. Setiap customer perlu di-update tentang terms & condition company supaya tidak timbul rasa ragu-ragu dan tak percaya antara company dan customer. Sehingga sampai majlis, fotografer perlu di-update sehingga lah ke album production. Bayangkan kalau tidak di-update, sampai ke sudah final product tak dapat. Boleh gaduh besar tu. So hati-hati ya, kalau boleh elakkan dari benda yang negative berlaku.
Mungkin pada company lain, server tidak penting. Tetapi di SOCIAL LIGHT, server itu adalah satu storage yang sangat penting untuk menyimpan data dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Data-data customer akan disimpan rapi dan tidak bercampur aduk dengan data lain. Ini adalah cara terbaik untuk keep the data save dan mudah untuk para designer mencari untuk membuat album.
Cerita pasal album, para designer di SOCIAL LIGHT juga ada stage yang direka sendiri untuk menyenangkan mereka membuat album. Setiap flow majlis wajib dimasukkan. Sebab tu lah pentingnya QC Control. QC Control ada bertujuan untuk melihat sendiri flow gambar majlis yang disusun supaya tidak missed satu pun gambar. Baru lah album yang dihasilkan tersusun rapi. Customer tengok pun tersenyum je.
Kalau korang nak tahu, editing skill SBXS amatlah dicemburui oleh company lain. Ini kerana, skill kami sentiasa di-upgrade untuk menampakkan kesegaran pada gambar. Setiap kali product ditunjuk pada customer, pasti mereka tersenyum sebab gambar yang berkualiti dan ditambah pula dengan editing power para designer. Memang gerenti puas hati.
Kalau nak sesuatu benda tu nampak cantik, menarik & mantap, SKILL korang kena lah sentiasa improve. Macam mana nak improve? Tepuk dada, tanya lah hati. Hehe. Taklah, jangan marah. Kalau nak improve, kena lah rajin buat research. Kalau malas, memang tinggal lah korang. Haa, itu salah satu resepi yang buatkan team SOCIAL LIGHT EMPIRE gagah. Jangan lah malu untuk bertanya, sebab sikit-sikit, lama-lama jadi bukit :) Dari marketing sampai lah ke production, SKILL tu kena betul untuk dapatkan hasil yang POWER & UP-TO-DATE!
Skill shooting pun kena BAIK okay! Setiap kali fotografer/videografer yang keluar shooting mesti dah tahu apa tujuan utama dia. Bukan untuk bersuka ria, tapi untuk dapat gambar/video yang cantik :) Walaupun majlis biasa-biasa atau sederhana, kami mampu jadikan majlis korang nampak luar biasa. Tak caya? Kena hire SBXS & FILMACHINE lah macam ni. Hehe
Kalau korang ada SKILL je tapi EQUIPMENT atau GEAR hambar, memang takkan jadi. Zaman sekarang ni mana-mana yang ada camera DSLR je mesti claim dia fotografer/videografer power. Oh nooo! Kami dekat SOCIAL LIGHT EMPIRE memang sentiasa UPGRADE EQUIPMENT & GEAR. Sebab tu lah korang tengok gambar/video kami tak pernah mengecewakan. Alhamdulillah. Tapi masih banyak lagi SKILL dan EQUIPMENT yang perlu kami UPGRADE tau. Kami sentiasa diingatkan supaya jangan terlalu berasa selesa. InsyaAllah kami akan sentiasa beringat.
Siapa kata kami kedekut ilmu? Benda baik wajib dikongsi tau. Sebab tu wujudnya SBXS Workshop yang dibuat sendiri oleh Principle & Senior Designer kami. Dalam workshop ni macam-macam jenis ilmu yang kami berikan. Dari segi marketing strategies sampai lah ke skill shooting & editing. Ini membolehkan para newbie untuk menerapkan pada diri mereka tentang cara menghargai sesuatu skill & gambar itu. Jangan pula dah ada camera, terus claim fotografer power. No no no. Semuanya bermula dari bawah. Ingat tau!
MACAM MANA DENGAN ALBUM PULA? Untuk product SBXS, kami memang paling champion sebab kualiti yang kami hasilkan buat para customers sememangnya sangat jitu. Dari segi helaian kertas yang kami pakai, sampai lah ke editing & jenis album sendiri. Sebenarnya kalau admin nak terangkan memang tak habis. Jadi korang kena datang gallery, tengok hasil kami sendiri. Confirm puas hati. Yang tu memang admin gerenti!
Setiap gambar pasti ada copy nyaaa! Gila ke takda? Maunya meraung pengantin. Ishhh. Packaging DVD Soft Copy korang yang sangat stylo tu memang special buat customer SBXS. Sebab apa harga kami cenggitu? Sebab product kami tiada bandingannya.
Customer keluar je dari pintu SBXS Gallery ni dengan hati yang sangat gembira. Sebab apa? Sebab diorang akan dapat paper bag. Haa orang selalu shopping dapat paper bag, tapi SBXS bagi paper bag untuk album korang. Stylo gila kot. Siapa tanak tu memang rugi! Takda alasan lah untuk korang kata TIDAK kat SBXS! Hehe
Bagi pakej yang exclusive, SBXS ada menyediakan Special Product bagi customer yang sanggup berhabis untuk dapat product yang paling terbaik dari kami. Itu adalah satu bonus di mana kami amat menghargai customer yang hargai hasil karya kami. Jangan risau, kalau standard pakej pun masih hebat kualiti albumnya.
Selain album, POSTER FRAME pun ada tau. Kualitinya memang kalah lah dengan orang lain sebab kami menggunakan kayu (buat frame) dengan kayu yang berkualiti tinggi. Material yang dicetak pun memang terbaikkk! Kornag boleh rasa sendiri lah. Jangan malu okay? Dah ada gambar? Nak buat poster frame sahaja? Contact je admin. Kita janjikan yang terbaik untuk customer yang awesome macam korang.
Kami di SOCIAL LIGHT sangat menyanjungi para customer yang sentiasa menghargai & menyokong kami. Oleh sebab tu, kami tidak lokek untuk bagi special reward. Macam korang pakai simkad maxis. Setia 3 tahun, confirm dapat reward! Haa lain pula untuk customer SOCIAL LIGHT sebab reward yang diberikan akan menjadi kenangan sampai akhir hayat korang. Apa rewardnya? RAHSIA. Nak tahu kena lah book SOCIAL LIGHT. Hehe
KALAU NAK DIIKUTKAN MEMANG TAK CUKUP LAH ADMIN NAK BERCERITA PASAL SOCIAL LIGHT EMPIRE ni. Sebab semuanya memang yang terbaik dari ladang. Korang yang belum kenal lagi apa itu SOCIAL LIGHT EMPIRE, memang kena scroll dan baca satu-satu. Di SOCIAL LIGHT EMPIRE ni memang takda copy-cat dari mana-mana company lain. Teruskan menyokong supaya SOCIAL LIGHT EMPIRE mampu jadi yang lebih baik! TERIMA KASIH 💕
0 comments