GROOM TO BE

Hi SBXS Lovers! Admin tahu sebelum ni banyak je post pasal pengantin perempuan je. Semua tentang persediaan bakal pengantin perempuan lah....

Hi SBXS Lovers!

Admin tahu sebelum ni banyak je post pasal pengantin perempuan je. Semua tentang persediaan bakal pengantin perempuan lah. Ok ok admin tukar lah sikit hari ni. Admin nak cerita tentang persediaan pengantin lelaki pula ye! Jangan pula pengantin lelaki ambil mudah je tentang isu persediaan perkahwinan ni tau! Nanti takut ada yang tak complete haa kan dah stress je nanti nak mengadap tok kadi.


Sila sediakan sapu tangan

Eh kalau dah nama pun hari pernikahan tu tentu lah rasa nervous semuakan! Ditambah pula rasa berdebar bagai nak gugur jantung. Tak kisah lah duduk bawah kipas ke dalam air cond ke. Di tambah pula dengan cahaya lampu pelamin pasti peluh jantan korang akan menitis juga lah! Jadi korang kenelah sediakan sapu tangan atau ingatkan lah pengapit korang untuk membawa tisu bersama tau.


Duit upah jurunikah dan sanding

Haa ini lah tanggungjawab pengantin lelaki, paling penting sekali tau! Pastikan korang dah sediakan duit untuk jurunikah dan sanding di dalam sampul. Adab kita supaya nampak lebih sopan dan beradab. Jangan pula korang tak bagi duit pada pak imam atau masa tu lah baru nak meminjam dekat mak dan ayah. Eh malu lah!!

Jangan lupa bawa pen 

Pastikan korang bawa pen di hari majlis nikah korang. Pen korang tu kenelah yang cantik sedikit, dan jangan pula dakwat pen nya dah nyawa-nyawa ikan! Please lah tunjuk yang korang dan bersedia dari segi mental dan fizikal ok! 



Stokin jangan dilupakan

Kenapa kene pakai stokin? Eh mestilah! Untuk jaga keterampilan korang bagi nampak lebih kemas dan rapi. Korang boleh je pilih stokin plain yang berwarna selamat seperti hitam, coklat atau kelabu. Jangan pula korang memilih warna yang terang sampai 10 batu tetamu boleh nampak stokin korang. Dan yang paling penting jangan lah korang pakai stokin yang dah berlubang! Kalau nak selamat lagi beli jela baru. Bebas daripada bau itu yang penting! Nanti tok kadi pengsan pula bau stokin korang!

Datang awal ke majlis

Eh ni majlis korang kot. Jangan lah datang lewat ke majlis penting korang ni. Ni lepas sejam baru muncul. Hmm tak enak kan tok kadi semua dah tunggu. Pastikan korang sampai awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan. Takde lah korang rushing sangat nanti. 

Kasut yang bersih

Pelamin dah power, indah macam bidadari. Baju semua dah macam fairytale! Bila tiba tang kasut aduhh! Hancur semua. Kasut macam baru lepas main bola lecak! Jangan lah macam tu. Kalau boleh nak kahwin sekali je sumur hidup kan. Pastikan lah kasut korang kemas, bersih dan berkilat. Baru lah sedap mata memandang!

Pakaian dalam (singlet)

Haa bagi lelaki takpalah tak perlu kot nak pakai singlet. Bukan nampak dalam pun. Eh korang silap tau! Lagi-lagi kalau baju nikah atau sanding korang berwarna putih korang memang perlu memakai singlet bagi penyerapan peluh. Kalau dah berpeluh habis basah lencun lah baju korang nanti lagi lah jarang tau. 




So kepada pengantin lelaki kat luar sana jangan pandang ringan tentang perkara-perkara yang admin cerita ni. Ini lah hari bahagia korang kalau boleh nak sekali je seumur hidup kan! Admin harap tips ni sedikit sebanyak dapat membantu dalam persediaan korang untuk menjadi Raja Sehari!














You Might Also Like

0 comments