10 PETUA CARI JODOH

ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan keh...


ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.

Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

1.Kenalpasti keistimewaan

Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah . Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut. 

2.Pujian

Untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama. 

3.Penghargaan

Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai. 

4.Cari keunikan 

Cari keunikan, kelucuan atau ? kegilaan ? bakal pasangan anda.Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu
cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan
kita. 

5.Be "Gentlemen"

Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman , bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai
dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik. 

6.Sifat kelelakian

Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,memancing, dan aktivitimacho yang lain. Bertindak bijak tapi, janganterlalu bijak. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

7.Pandai memujuk

Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang padalelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah.Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia
merawat dirinya sendiri. 

8.Terus Terang

Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik,terperinci dan banyak yang tersirat.

9.Senyum

Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita. 

10.Doa dan tawakal

Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada Kita. 


You Might Also Like

1 comments

  1. Progressive slots put a few of the the} 카지노 사이트 wagered funds into a jackpot pool that progresses with each credit wager. Individual slot machines can have a progressive jackpot or two or extra slot machines additionally be} linked allowing many players to compete for a jackpot. The free spin bonus certainly one of the|is among the|is probably certainly one of the} most popular slot sport features. Therefore, a slot machine software program improvement firm will certainly embrace it in your slot sport.

    ReplyDelete