INSPIRASI| RONA PUTIH LEBIH MINIMALIS

Halooo readers,  Kali nie admin nak cerita pasal pemilihan warna putih yang memberi impak simple dan ketenangan pada mata yang memandan...

Halooo readers, 

Kali nie admin nak cerita pasal pemilihan warna putih yang memberi impak simple dan ketenangan pada mata yang memandang. Bak kata orang, sejuk je mata memandang. Nampak suci jek. Khas bagi mereka yang sukakan rona putih ini, tetapi takut-takut untuk menggayakannya, admin kongsikan beberapa gambar client yang mungkin boleh menjadi inspirasi buat korang. 


Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol

Menjadikan rona putih sebagai warna utama, serta langsir tinggi digunakan untuk menampakkan lagi keluasan tempat  majlis. 

Apa yang bestnya rona putih ini, ia mudah di match kan dengan apa-apa colour sekalipun. Cukup hanya menggunakan backdrop paku pakis tiruan yang berwarna hijau,walaupun ianya tampak ringkas, namun ia dapat menimbulkan warna semulajadi yang tetap menjadi perhatian. Unsur-unsur alam semulajadi juga dapat diterapkan gituwww.. 

Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol
Pic courtesy of SukabumiXSebol

Tetapi perlu diingatkan juga, rona putih ini hanya sesuai untuk majlis yang tertentu sahaja. Paling sesuai adalah waktu majlis akad nikah. Majlis nikah nie kan macam lebih serius sikit, penuh emosi dan sebagainya. Jadi, untuk mengekalkan ketenangan di majlis  itu, kita padankanlah dengan warna yang lembut. Bagi majlis berinai pula lebih cantik dan hidup kalau kita mengenakan warna yang pelbagai dan berwarna-warni. Baru nampak meriah. 


Hah! Macam mana? Terinspirasi tak dengan gambar yang admin kongsikan ini? Mungkin korang juga boleh gabungkan rona putih dengan warna pastel yang lain jugak ke.. 

Apa yang admin kongsikan ini hanyalah pendapat admin sahaja. Bukanlah admin nak kata pendapat admin nie betul dan perlu diikut ye. 

Sampai disini perkongsian kali ini. Selamat mencuba. 

You Might Also Like

0 comments