TIPS MENGGAYAKAN KASUT PENGANTIN

Ramai bakal pengantin mengambil "enteng" bab pemilihan kasut untuk majlis perkahwinan. Kononnya, orang tak tengok bahagian kaki...



Ramai bakal pengantin mengambil "enteng" bab pemilihan kasut untuk majlis perkahwinan. Kononnya, orang tak tengok bahagian kaki. SALAH TU!  Anggapan anda salah kalau anda fikir tetamu tak tengok kasut apa yang anda pakai. Korang tahu tak, yang tetamu korang ni jenis suka memerhati dari atas sampai bawah. Kadang-kadang diorang tengok baju dah cantik dahh, sekali bila tengok kaki, mak aiii, buruk gila kasut, tak sesuai kasut tu, kasut macam pegi paso je and yada yada..Hah.. kan dah malu tu. Itu belum bab diorang mengumpat pasal kasut korang yang tak cantik tu 7 hari 7 malam. Buat naya je.
Jadi, sebelum korang mendapat malu nanti, lebih  baik korang sediakan payung sebelum hujan. Rujuk tips-tips pemilihan kasut yang kami akan kongsikan ini. 

Pic courtesy from SukabumiXSebol


Cekidautt tips-tips pemilihan kasut:

1) MENGIKUT KEMAMPUAN

Dalam banyak-banyak tips yang kitorang kongsikan, bab BUDGET mesti menjadi keutamaan. Bajet mestilah ukur baju di badan sendiri ye. Janganlah bajet ciput, tapi nak pakai kasut Louis Vuitton, Manolo Blahnik, Jimmy Choo dan yang setaraf dengannya ya. Takut nanti, lepas kahwin terpaksa makan kasut tu balik je karang


2) DIY (Do-It-Yourself) KASUT

Kalau korang kreatif, korang beli je kasut plain colour yang murah-murah dan korang "touch up" dengan labuci-labuci/manik-manik yang kilau-mengilau itu. Hah, dari situ korang dapat save duit korang. Silap hari bulan bila kawan korang puji kasut korang cantik, diorang pun nak macam tu jugak, kau orang dah boleh buat bisnes kasut sendiri dah.Hah.. tak memasal jadi penjual kasut pulek.


Pic from google |Inspirasi untuk DIY

3) PADANKAN DENGAN WARNA BAJU PENGANTIN

Sebelum pilih warna kasut, korang kena tahu warna baju pengantin yang korang akan pakai nanti. Samaada korang padankan kasut korang dengan warna yang lembut atau boleh juga kalau nak cuba colour blocking (kena berani ye). Kebiasaannya, kalau korang nak selamat , korang cari warna  "Nude Colour". Memang senang nak match dengan warna baju korang. "Nude Colour" memang warna yang digemari ramai pasangan pengantin.

Pic from Google| Peach Nude Colour

4) KETINGGIAN KASUT

Bagi yang biasa memakai kasut tumit tinggi 6" tiada masalah untuk pakai kasut tinggi. TETAPI, bagi mereka yang selalu pakai "flat shoes", dan hanya ketika majlis korang nak pakai kasut tumit tinggi, korang disarankan supaya memakai 3" pun sudah memadai. . Jangan pula sebab nak nampak tinggi macam model, korang sanggup sakit kaki. Sakit kaki takpe lagi, sebab korang yang tanggung. Kalau korang "terpeleot" depan tetamu time berarak 40 kilometer buat malu je kan? Kami tak tanggung. 


5) JENIS FABRIK KASUT 

Pastikan jenis fabrik kasut yang korang pilih tu sesuai dengan pakaian korang. Kalau pakaian korang ada "lace", korang boleh juga padankan kasut korang dengan yang ada "lace" sikit. Kalau baju lip lap lip lap, padankanlah dengan kasut yang lip lap lip lap jugaa.





6) DESIGN KASUT

Last but not least, pilih design kasut yang kena dengan size kaki korang. Perlu diingatkan bahawa tak semua orang sesuai pakai kasut tumit yang terbuka di depan. 

You Might Also Like

0 comments