TIPS DIET DAN SIHAT SEBELUM KAHWIN
20:37
Semakin hari semakin
menjelang hari bahagia anda . Teruja sangat nak pakai baju pengantin yang
cantik dan posing yang cantik tak ada cacat cela . tapi tak pernah terfikir
berat badan dah makin naik . Alamak , sempat lagi ke nak diet ?
Sempat jika anda amalkan
cara diet dan sihat bermula dari sekarang . Jom kita rungkaikan macam mana nak
diet dan sihat tepat pada masanya .
Jika anda ingin kurus
sebelum kahwin pastikan anda lakukan diet mudah dan berkesan ini selama 100
hari sebelum majlis anda secara konsisten . Pasti boleh kurus dan sihat dengan
jayanya .
MINUM AIR KOSONG
Banyakkan minum air
kosong. Kenapa perlu banyakkan minum air kosong kerana air kosong membantu
sistem tubuh badan kita untuk membuang toksin badan dan mengurangkan kadar kalori .
Malah , kita digalakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
bertujuan untuk detox badan kita dengan mudah dan berkesan daripada mengambil
apa-apa supplement detox yang boleh memudaratkan .
SENAMAN
Lakukan senaman
sekurang-kurangnya 3 – 4 kali seminggu secara berterusan dan konsisten . Badan
kita memerlukan pergerakan untuk membakar kalori dan lemak yang terkumpul serta
membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi yang lebih teratur .
Senaman tarian dan jogging
juga memberi kesan yang sangat baik untuk mempercepatkan proses penurunan berat
badan . Selain itu , lakukan juga senaman berjalan kaki seperti naik turun
tangga atau jalan-jalan di mall sambil window shooping pun boleh keluarkan peluh
dan juga lakukan regangan selama 30 minit sebelum mulakan senaman anda .
SARAPAN PAGI
Seeloknya bersarapan lah
dulu sebelum keluar dari rumah , ke pejabat atau kemana-mana sahaja untuk
mengelakakn perut kosong dan masuk angin . Jika korang tidak bersarapan
kemungkinan anda akan terus rasa lapar pada waktu petang dan malam . Ini amat
penting untuk anda yang betul-betul nak konsisten nak diet dan tidak terlalu
berfikir untuk makan . Sekurang-kurang nya bersarapan dengan bijirin , roti
bakar , buah-buah , susu dan lain-lain menu yang berkhasiat .
MATLAMAT
Tetapkan matlamat anda
sebelum majlis kahwin anda . Tanam dalam diri anda nak kelihatan cantik di hari
bahagia anda . Selain itu , anda juga harus menetapkan jadual makanan yang
perlu anda makan untuk diet ini bagi mengurangkan berat badan secara
perlahan-lahan iaitu penurunan lingkungan 0.5 kilogram ke satu kilogram dalam
seminggu .
MAKANAN BERKHASIAT
Makan makanan yang
berkhasiat supaya tubuh kita tidak mudah terkena penyakit yang tidak diingini ,
kita juga digalakkan makan sayur-sayuran , buah-buahan yang segar dan
sewaktu dengannya .
Ambik makanan dan minuman
yang rendah kalori serta mempunyai kandungan nutrien yang tinggi . Selain itu ,
kita perlu kurangkan sebanyak 500 kalori sehari untuk mengurangkan berat badan .
ELAKKAN MAKANAN RINGAN
Pentingnya kita elakkan
pengambilan makanan ringan terutamanya di waktu malam kerana ianya akan
menjejaskan kesihatan kita jika terambil secara berlebihan . Malah , anda boleh
gantikan makanan ringan dengan biskut krim kraker dengan secawan kopi , susu
dan tea hijau ( kurang manis ) , atau pun boleh juga gantikan dengan salad
buah-buah sebagai ganti kudapan .
TIDUR YANG BERKUALITI
Tidur awal amat penting
untuk memastikan anda tidur yang berkualiti iaitu lapan jam sehari terutama
untuk anda yang bakal ke pelamin hari bahagia anda . Badan kita berupaya membaik pulih sendiri setiap kali kita tidur malam dan proses baik pulih badan selalu lebih
berkesan jika di waktu tidur . Jika tidur tidak menentu lama kelamaan boleh
mendatangkan mudarat , jadi penting untuk anda tidur awal sebagai langkah paling
mudah untuk mengelakkan penyakit .
SAY NO TO SUPPLEMENTS
Elakkan daripada mencuba
produk kesihatan dan pelangsingan badan yang baharu untuk mengurangkan risiko
terhadap kesan pada fizikal badan terutamanya wajah yang sensitif .
0 comments