Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin

Eh, kenapa monyok benar muka pengantin tu? Muka nampak penat je , dengan eyebag sebakul – Mak Jemah Whoaa ! Apa perasaan korang kala...




Eh, kenapa monyok benar muka pengantin tu? Muka nampak penat je , dengan eyebag sebakul – Mak Jemah
Whoaa ! Apa perasaan korang kalau guest yang hadir majlis resepsi korang, dan terdengar pula mereka memberi komen sebegini? Muka penat? Suram? Eyebag sebakul? Omgee sedihnya hati! Siapa yang mahu di hari bahagia mereka tampak suram tidak bermaya, meskipun untuk menyediakan kesempurnaan majlis memenatkan badan, tapi mestilah paling utama pengantin ingin tampak berseri dan menawan di hari bahagia.
Jangan bimbang sayangku sekalian, sebab Doktor cintan SBXS akan kongsi petua-petua serta tips moden dan tradisional yang boleh korang semua amalkan untuk tampak manis jelita serta berseri-seri di hari bahagia. Huhu


44 hari sebelum menjelang hari bahagia
Kata orang, petua ini amat bagus. Hasilnya jika korang amalkan, keserian wajah insyaAllah akan berpanjangan. Petua pertama adalah dengan mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan untuk tampak berseri setiap masa.

30 hari sebelum menjelang hari bahagia
Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Info tambahan, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik juga. 


Lobak sebagai masker muka
Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga dalam melembapkan kulit wajah korang. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam



Tidur yang secukupnya
Cuba untuk dapatkan tidur yang secukupnya sebelum menjelang hari bahagia supaya badan sihat dan lebih bertenaga. Elakkan juga bangun lewat kerana seri wajah akan hilang jika korang bangun lewat! Bangun seawal 6 pagi. Amalkan mandi sebelum korang mengerjakan solat subuh, dan sesudah solat, luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit menghirup udara pagi. Paling utama, pastikan tidur 6-7jam setiap hari!


Luang masa di pusat rawatan kecantikan
Seminggu sebelum menjelang hari bahagia, luangkan masa di pusat rawatan kecantikan. Belanja lah lebih sedikit untuk tampak manis berseri di hari bahagia. Lakukan rawatan muka, badan serta pergi ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut agar tampak sihat dan bermaya di hari bahagia korang !

Petua-petua ini Doktor Cintan SBXS peroleh hasil daripada temubual dan kaji selidik yang dilakukan. Meskipun banyak rawatan moden, tetapi jangan dilupakan terus rawatan atau petua tradisional. Mana datangnya sekarang kalau tidak ada yang dahulu. Kan? Selamat mencuba sayang sekalian!
Jom cantik cantik menjelah hari bahagia.


You Might Also Like

0 comments