MENGENALI JENIS - JENIS WANITA
23:51
Zaman sekarang bukan macam dulu-dulu . Dulu, cuma ada
satu jenis wanita . Semua jenis pakai baju kurung dan menutup rambut dengan berkain
batik . Kalau dating pun jenis berbual belakang pokok. Jenis segan nak
bertentang mata dengan lelaki . Betul
tak ? tak percaya tanya mak-mak kita tu .
Kalau nak tengok wanita zaman dulu yang seksi sikit, kena intai masa mereka cuci baju dekat tepi sungai. Confirm berkemban. Zaman sekarang, pergi je KLCC, One Utama dan The Curve, bersepah perempuan seksi. Semuanya berkemban walaupun tak pergi cuci baju tepi sungai . Gurau je lah ! Jangan pulak pergi intai kat sana . Haha
Jadi, apa jenis-jenis wanita zaman sekarang ? haa jom kita ungkaikan sikit macam mana nak kenali wanita zaman sekarang dan yang manakah pilihan kita ! tepuk dada tanya selera masing-masing .
Kalau nak tengok wanita zaman dulu yang seksi sikit, kena intai masa mereka cuci baju dekat tepi sungai. Confirm berkemban. Zaman sekarang, pergi je KLCC, One Utama dan The Curve, bersepah perempuan seksi. Semuanya berkemban walaupun tak pergi cuci baju tepi sungai . Gurau je lah ! Jangan pulak pergi intai kat sana . Haha
Jadi, apa jenis-jenis wanita zaman sekarang ? haa jom kita ungkaikan sikit macam mana nak kenali wanita zaman sekarang dan yang manakah pilihan kita ! tepuk dada tanya selera masing-masing .
Jenis Wanita Gedik Dan Manja
Gedik dan manja merupakan 2 definisi yang berbeza. Kebiasaanya definisi bagi wanita manja mempunyai sifat kepimpinan berbanding wanita yang bersifat gedik. Wanita gedik biasanya mempunyai sifat manja yang keterlaluan sehinggakan mereka tidak mampu berdikari sendiri dan menimbulkan perasaan yang kurang senang pada orang lain. Ada lelaki dia lebih sukakan wanita yang manja, tapi ada juga di kalangan mereka yang sukakan wanita gedik . Ini kerana bagi mereka ianya lebih kepada menguji tahap kelakian mereka sendiri.
Jenis Wanita Kaki Shopping
Teman wanita
jenis ini adalah jenis yang paling ditakuti oleh para lelaki di luar sana ,
betul tak semua ? Lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai taraf gaji di bawah RM
3,000 kerana lelaki yang bergaji bawah RM 3,000 di Kuala Lumpur kadang-kadang
wanita jenis kaki shopping ni kurang tertarik kerana mereka beranggapan lelaki itu
tak mampu menuruti apa yang mereka inginkan . Yang menjadi tumpuan bagi kaki shopping selalunya dekat tempat yang mahal-mahal. So gais berhati-hati memilih hati ya.
Jenis Wanita Bertudung
Labuh
Teman wanita yang bertudung labuh kebiasaanya dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Pandai mengaji dan hebat ilmu agama nya. Dan dari segi pergaulan pula mereka sangat menitik beratkan . mereka mempunyai batas dalam memilih kawan .
Memang sangat
susah untuk mendengar suara mereka kerana mereka jarang bercakap. Mereka hanya
bercakap bila perlu. Kalau berbual dengan kawan perempuan mereka pun, mereka
berbual dengan nada yang perlahan.
Jenis Wanita Lasak
Jenis wanita lasak biasanya perempuan yang sangat aktif dalam
olahraga dan bersukan , mereka mempunyai
tahap fizikal yang sangat kuat ,malah berhati keras dan mempunyai sedikit
kelakuan menyerupai lelaki. Dan kadang kala tingkah laku mereka juga keras
seperti seorang lelaki. Tapi, sekeras-keras
mereka, mereka masih seorang wanita. Dalam hati mereka masih mempunyai sifat
kewanitaan yang mengharap layanan romantik dari seorang lelaki. Sekeras kerak
nasi, kena air lembutlah jugak kan . Mereka juga suka berdikari dalam
pelbagai hal dan tak mengharapkan bantuan yang lain .
Jenis Wanita Terover
Diva
Wanita jenis Diva biasanya hanya akan bergaul dengan wanita yang
mempunyai kelas ekonomi yang sama dengan mereka. Mereka biasanya duduk dalam
kumpulan. Diva tak kan wujud jika berseorangan. Mereka
biasanya wanita yang datang dari keluarga yang berada. Teman lelaki idaman
mereka ialah lelaki yang paling kacak dan hot di sekolah, kolej, universiti
atau tempat kerja mereka.
Jenis Wanita Melayu Terakhir
Jenis teman
wanita melayu terakhir ini yang sering dicari oleh semua lelaki Melayu samada
lelaki Melayu yang baik budi pekertinya, tinggi amalnya dan tak pernah tinggal
sembahyang - sehinggalah lelaki perangai jahat mengalahkan syaiton nirojim pun
bermimpi nakkan wanita melayu terakhir macam ni .. Biasalah, sejahat-jahat
orang mesti dia inginkan pasangan yang baik kan ?
Wanita yang dalam kategori ini biasanya baik pekertinya, lembut
pertuturan, lemah gemalai pergerakan badan, hebat dalam membuat kerja-kerja
rumah, pandai memasak dan sentiasa ayu memakai baju kurung. Baju kurung dan selendang serta berhijab adalah pakaian wajib bagi mereka. Beruntung lelaki yang berjaya
memikat hati wanita dalam golongan ini. Memang
susah nak jumpa perempuan jenis ini. Kalau kamu jumpa, jagalah baik-baik
.
0 comments