PETANDA SI DIA CURANG DENGAN KITA

SHUTTPPPPP.. SEKARANG KITA DIGEMPARKAN DENGAN BERITA KECURANGAN ARTIS. Masing-masing penuh dengan pendapat sendiri begitu juga deng...

SHUTTPPPPP.. SEKARANG KITA DIGEMPARKAN DENGAN BERITA KECURANGAN ARTIS.



Masing-masing penuh dengan pendapat sendiri begitu juga dengan admin. bagaiman pun admin mmg x tak nak ulas lebih2 lagi sebab apa ? admin pon perempuan juga. heeee. 
semoga ia menjadi pengajaran kepada semua di masa akan datang. 

Korang ada pasangan? Bagaimana caranya untuk korang ketahui apakah ciri-ciri yang mungkin ada pada seseorang yang curang.


 1. Komunikasi Semakin Dingin
Kebanyakan pasangan muda selalu berkomunikasi dengan menggunakan telefon pintar. Cuba perhatikan cara dia membalas mesej kamu. Kalau coraknya berubah dan semakin dingin ada sesuatu yang tidak kena. Kalau si dia tidak angkat call atau lambat membalas mesej setiap masa, mesti ada yang tidak kena.


2. Protective Dengan Telefon Pintar
Ya, kita faham telefon pintar adalah 'ruang' peribadi yang cukup rahsia. Namu jika si dia laju sahaja melatah bila korang ambil telefon dia, ada sesuatu yang tidak kena. Apatah lagi jika dahulu takde pula nak pakai password, sekarang kemain barahsia password yang ditukar setiap masa.



3. Tiba-Tiba Sentiasa Pula Sibuk
Ini alasan yang paling klasik. Ya, bukan tidak faham akan tanggugjawab dia di pejabat atau dengan tugasan assignment. Tapi jika si dia sepanjang masa sahaja beri alasan sibuk dan tidak mahu digangggu, korang harus ada rasa hairan.



4. Penampilan Yang Berubah Mendadak
Kelemahan yang ada pada seorang lelaki terutamanya, bila dia sudah dapat dia semakin berhenti untuk memikat hati pasangannya. Tapi entah kenapa secara tiba-tiba penampilannya berbeza nampak selalu kemas dan wangi. Mungkin dia lakukan untuk kebaikan dirinya tapi berjaga-jaga, mungkin ada sesuatu di sebaliknya.


5. Sikap Berahsia
Semakin lama semakin berahsia. Ini bukan tentang perkara yang terlalu peribadi tetapi berahsia dari segi keberadaannya di mana atau sedang buat apa. Bila menjawab ada sahaja jawapan yang tidak meyakinkan. Berbeza ketika dahulu, tak tanya pun beritahu berada di mana.



#UBAHSUAIDRMAJALAHREMAJA

You Might Also Like

0 comments