CINTA SI BIDADARI

JEP SEPAHTU DAN SARIYANTI. Sekiranya anda sering mendengar Sinar FM, tentu anda akan sedar yang rakan sekonti Jep Sepahtu seringkali ...

JEP SEPAHTU DAN SARIYANTI.




Sekiranya anda sering mendengar Sinar FM, tentu anda akan sedar yang rakan sekonti Jep Sepahtu seringkali mengusiknya tentang percintaan. Nampak seperti Jep Sepahtu sedang angau bercinta dan nama yang sering disebut-sebut oleh rakan sekonti Jep tak lain tak bukan ialah Sari Yanti. Bermula dengan sambutan hari lahir Sariyanti pada 9 November 2016. Jep dengan sweet nya telah membuat caption 

Benarlah bidadari itu wujud 😅.. Happy birthday @sariyanti 🎈 Semoga yang baik2 saja buat kamu 🙏

Sweet kan diorang ni? Tak lama lepas tu senyap-senyap je dorang ni bercinta tau. sampai satu tahap, peminat sendiri dapat detect yang Sariyanti sebenarnya menghitung hari pernikahan diorang ni. Amboi pandai betul dia sorok kan. Sampai tak ramai pun yang perasan!



























Majlis malam berinai Sariyanti yang telah diadakan di Bangsar, pada 24 Februari 2017 kelihatan meriah dengan dihadiri oleh teman rapat beliau, antaranya Elfira Loy, Wan Sharmila, Intan Ladyana & Dynaz. Benarlah kata Jep, BIDADARI itu wujud. Sebab Sariyanti memang kelihatan sangat cantik. Macam anak patung pun ada. Bergetar rusuk tengok. Hehe. Ini antara gambar sekitar majlis Malam Berinai beliau



























































Tanggal 25 Februari 2017, Sariyanti telah sah menjadi isteri kepada Jep Sepahtu dengan sekali lafaz. Alhamdulillah. Dengan kehadiran teman rapat & pihak media (Sinar FM) serta para videographer dan photographer memeriahkan lagi majlis yang telah diadakan di Dewan Mercu Mustapha Kamal. Tetamu yang hadir pun tak ramai, sekitar 250 orang je. Kira yang memang bebetul rapat lah dengan diorang berdua ni. Pandai hek senyap-senyap je diorang. Apa pun kami sebagai peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan Jep & Sariyanti. Korang memang pasangan yang secocok!




















































Admin ada selit juga lah video sejauh mana Jep kenal isterinya, Sariyanti. Hehe. Malu-malu kucing hek Jep ni sebenarnya!



































Memang terpersona betul lah tengok kecantikan Sariyanti ni. Memang tak jemu tengok haa. Hehe kemain puji melambung. Tak pa sebab benda betul. Kan? Haa lepas je majlis nikah diorang ni, Jep & Sariyanti dilihat hadir ke majlis persandingan rakan baik beliau, Shuib & Sarah. Wartawan pun sempat kejar diorang ni tapi sayangnya tak banyak yang dapat dishare sebab Jep tak tahan nak pergi toilet. Hehe. Kesian diorang




Yang penting diorang ada alasan sendiri. Jangan desak okay? Confirm confirm diorang akan explain semula perkara sebenar. Yang penting doa yang baik-baik.

Tak lama selepas tu, tanggal 9 April 2017 Sariyanti telah membuat kejutan pada sambutan hari lahir Jep. Memang sweet habis lah kalau korang tengok sebab admin pun rasa nak nangis. Over tak? Haha. Korang enjoy jela tengok video diorang ni. Memang kena hurung semut lah handphone atau laptop korang tengok kemesraan pasangan sejoli ni.





Korang rasa pakwe ke suami korang ke, kalau korang merajuk agak-agak diorang pujuk tak? Kalau diorang pujuk, jenis macam mana punya pujuk tu? Sebab Jep ni kalau bab memujuk memang WIN lah. Sampai kita pun tak jangka langsung yang beliau ni se 'SWEET' itu. Berangan lah admin nak ada orang yang pujuk cenggitu kalau merajuk. Hehe. Korang tengok jela video sweet potong kaki 18 ni. Gerenti korang pun bergenang air mata tengok sebab cair sangat. Haha




Admin tak boleh lagi move on tengok video-video dan gambar sweet diorang ni. Lepas bergelar suami isteri, rasanya memang pasangan Jep & Sariyanti lah pasangan paling manisssss sekali. Haa. Kepada Jep & Sariyanti, kami dekat SOCIVL LIGHT mengucapkan ribuan tahniah atas perkahwinan korang & mendoakan agar perkahwinan ini kekal sampai ke Syurga. Kami sentiasa DOA YANG BAIK-BAIK buat kamu berdua. Aamiin.

























You Might Also Like

0 comments