TIPS MEMILIH BAKAL ISTERI

1. Taat Beragama Al Quran  dan Hadits adalah 2 hal yang wajib untuk dijadikan pegangan hidup. Mentaati hukum-hukum yang telah ditetapk...


1. Taat Beragama
Al Quran dan Hadits adalah 2 hal yang wajib untuk dijadikan pegangan hidup. Mentaati hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam syariah sekaligus akan menunjukan kalau ia kelak akan mentaati suami. Agama Islam telah menetapkan suami sebagai orang kedua setelah Tuhan untuk ditaati, selagi tidak bercanggah dengan perintah Allah Taala dan larangan-Nya.
2. Cantik
Kecantikan wajah sifatnya relatif. Yang penting mampu membuat suaminya merasa senang dan tertarik akan semangat untuk bersama-sama membangun rumah tangga yang indah dan damai. Tanpa rasa ikhlas dan terpikat sulit akan tercipta kemesraan dan keintiman dalam hidup berumah tangga. Oleh sebab itu, para lelaki yang hendak memilih seorang perempuan sebagai calon isterinya harus bertanya kepada dirinya sendiri apakah hatinya benar merasa ikhlas dan terpikat kepada perempuan tersebut atau tidak. Jujurlah menghayati perasaan sendiri dalam memperhatikan fizikal perempuan yang diinginkan.
3. Keturunan Baik-Baik
Memilih isteri yang berasal dari keturunan baik-baik dan bertakwa. Bila berasal dari keluarga yang tidak peduli dengan agama, misalnya suka meninggalkan solat 5 waktu, tidak taat puasa, terdedah dengan dadah, pemain video atau film porno, kurang akhlaknya atau tidak mesra dengan orang sekeliling atau saudara dekatnya, maka sebaiknya berhati-hati agar selamat dari hal-hal buruk saat membina rumah tangga kelak.








4. Harta
Setiap lelaki perlu memperhatikan aspek ini sebagai ukuran dalam menilai perempuan yang menjadi calon isterinya agar terhindar dari keadaan yang tidak diinginkan kemudian saat berumah tangga. Wang bukan segalanya, akan tetapi banyak kegagalan berumah tangga kerana masalah ekonomi. Namun untuk hal yang satu ini bukanlah faktor utama kerana wang dan kekayaan boleh dicari dengan cara berbisnes atau kerja keras.
5. Pembakar Semangat
Pada saat suami menghadapi masalah yang telah membuatnya menyerah, ia sangat memerlukan wanita sebagai pembakar semangat. Mampu membangkitkan semangatnya untuk melakukan perubahan. Wanita yang boleh mendorong kaum lelaki tetap bersemangat menjalani hidup dan mencapai impian adalah salah satu yang paling diperlukan oleh kaum lelaki. Lelaki jenis ini akan membuat para lelaki di luar sana tetap berfikiran positif. Dengan wanita bersifat ini, kaum lelaki akan merasakan bahawa “dapat mencapai segalanya” dengan tangannya. Hal ini selaras dengan pepatah, “Disebalik kejayaan seorang lelaki itu ada wanita di belakangnya.”
6. Sederhana
Memilih isteri yang memiliki gaya hidup sederhana adalah hal yang tak kurang pentingnya. Wanita yang suka menunjuk dan tidak percaya pada diri sendiri adalah wanita yang lemah. Jadilah wanita yang boleh bersederhana dalam segala aspek agar dia sentiasa beringat bahawa hidup ini ada turun naiknya.
7. Dewasa
Mencari jodoh yang bijaksana dan bersikap dewasa, merupakan satu aspek yang sangat digilai oleh para suami pada saat kesusahan di dalam rumah tangga. Mereka memiliki karakter keibuan yang senang bermain dengan kana-kanak, boleh menjaga bayi, boleh bersengkang mata untuk menjaga bayi, dan sebagainya. Perempuan tersebut akan menjadi seorang ibu yang nampak istimewa di dalam rumah tangga.
























8. Senang Dibawa Berbincang
Memiliki isteri yang aktif punya berbagai cara untuk membuat sang suami tidak merasa bosan ketika berada di dekatnya. Ia akan selalu memberikan kejutan kecil yang mungkin tak pernah diduga sebelumnya. Seorang wanita yang aktif tentunya juga memiliki pemikiran yang luas tentang kecantikan dan kesihatan, bahkan fesyen terbaru. Kaum lelaki tentunya akan sangat beruntung jika memiliki wanita yang senang dibawa berbincang dan mampu menjadi pendengar yang setia.












9. Sabar
Memilih isteri yang baik, berkarakter sabar dan berjiwa besar. Beberapa kelakuan wanita kerap membuat kaum lelaki terganggu, hal ini lah yang sering menyebabkan perselisihan. Pada kesalahan-kesalahan kecil usahakan untuk dibincang secara baik-baik, tak perlu emosi. Suami akan lebih mudah mendengarkan wanita dalam nada yang lembut. Cuba perhatikan cara wanita itu berbicara kepada kawan-kawannya. Adakah dia selalu suka bersuara keras, menjerit, atau sopan dan selalu lembut dalam berkata-kata? Sifat inilah yang mencerminkan di mana mereka bercakap dengan suami dan keluarganya kelak.













10. Mencintai Suami Walau Apa yang Terjadi
Para suami yang memiliki isteri yang hebat akan membuatkan dirinya bersemangat untuk menjadi seorang suami yang juga hebat. Tak perlu disuruh untuk merasa demikian. Hal tersebut terjadi begitu saja tanpa disedari. Isteri yang mencintai suami dengan sungguh-sungguh, akan sentiasa dibalas dengan disayangi sentiasa oleh para suami. InsyaAllah. Seorang wanita yang baik takkan membiarkan suaminya dalam kesusahan dan kemurungan. Bincang masalah dengan baik agar rumahtangga menjadi lebih harmoni. Aaminn.












KORANG JUMPA TAK CALON ISTERI YANG MACAM ADMIN CERITAKAN TU? KALAU KORANG NAK ISTERI JENIS MACAM TU, KORANG KENA LAH UBAH PERANGAI SUPAYA SAMA-SAMA BAIK, SAMA-SAMA PADAN. BARU LAH RUMAHTANGGA #TILLJANNAH











You Might Also Like

0 comments