PRE WEDDING WITH THE SIMPLEST THEME!

PRE WEDDING KENA PAKAI BAJU YANG MERIAH KE? EH TAK PERLU LAH. SEKADAR SHIRT DAN JEANS PUN OKAY. SEBAB APA? SEBENARNYA FOTOGRAFER TU SENDIRI...

PRE WEDDING KENA PAKAI BAJU YANG MERIAH KE? EH TAK PERLU LAH. SEKADAR SHIRT DAN JEANS PUN OKAY. SEBAB APA? SEBENARNYA FOTOGRAFER TU SENDIRI YANG MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING TAU!

























Tak semua pasangan yang pandai menggayakan pakaian mengikut tema yang diingini. Tapi bila ada fotografer yang power, korang pakai macam mana sekali pun, gambar korang tetap meletops! Sebab tu orang kata kalau nak cari fotografer, kena lah cari fotografer yang serba serbi cukup, yang paling penting dalah equipment yang dia pakai.








Nak ambil gambar, semua orang mampu. But when it comes to qualities and the power of skills, yes tak semua orang mampu hasilkan yang terbaik. Sekadar ala kadar sahaja tak menjamin kan kepuasan client sendiri. Yes! Trust me!









Tentang posing dan pengawalan emosi semasa ambil gambar pun salah satu benda yang wajib fotografer tahu. Orang kata, sebelum mulakan sesi fotografi, kaji dulu sifat pengantin. Try and error. Dari situ kita akan dapat tahu sedikit demi sedikit karakter seseorang. INGAT! Jangan tersilap langkah okay. Jangan sebab yang tersilap tu, musnah terus satu sesi fotoshoot.







Pemilihan pakaian yang dibuat WAJIB nampak selesa dan sesuai dengan si pemakai. Jangan main sarung je tau. Kalau agak agak nak dekat hari fotoshoot tu, elakkan lah buat sebarang terapi yang tak pernah korang buat. Boleh effect muka dan tubuh, memang bahaya tau! Nanti spoil mood korang untuk bergambar. Biar nampak simple tapi exclusive. Fotografer nak ambil gambar pun rasa happy je dari awal sesi sampai akhir.  Nak sebarang tips? Korang share je dengan fotografer. Warna & style tu penting. Baru lah gambar nampak elok je tanpa perlu diedit banyak. Okay?






Lokasi dan tema, pun memainkan peranan yang penting. Sebab kalau korang pakai baju cantik, make up power, tiba-tiba dapat lokasi yang pelik, hancur semua gambar. Hehe. Jangan sampai macam tu tau. Nak pilih lokasi, kena tahu dulu pakaian apa yang korang pakai. Then baru lah boleh pilih lokasi. Nampak mudah kan? Tapi kalau korang ikut tips ni, confirm mudah J Jangan sesekali malu untuk bertanya dan usulkan idea korang sendiri. Tak kena bayar pun kalau korang banyak tanya.


Kesimpulannya, kalau nak gambar yang cantik dan mempersona, pilih lah fotografer yang boleh memahami kehendak korang sendiri. Biar keluar modal sikit tapi korang puas hati. Kan? Sekali seumur hidup, jangan sia-siakan J




















You Might Also Like

0 comments