TIPS MELANGSUNGKAN PERTUNANGAN

Hai SBXS Lover! Hari ni admin nak share sikit tips dalam melangsungkan pertunangan. Mana bakal pengantin yang dah ready nak kahw...

Hai SBXS Lover!






Hari ni admin nak share sikit tips dalam melangsungkan pertunangan. Mana bakal pengantin yang dah ready nak kahwin tu? Angkat tangan cepatt! Hehe. First step merisik mesti dah selesai buat simple-simple je kan. Haa ni majlis pertunangan pula. So dalam post kali ni admin nak  cerita lah sikit tips untuk korang yang dah nak bertunang tu. Mana tahu membantu serba sedikit dalam persediaan korang.



1. AGENDA MAJLIS 
Sebelum korang merancang majlis, korang haruslah tetapkan terlebih dahulu agenda majlis pertunangan itu sendiri untuk memastikan majlis korang berjalan lancar. Kalau tak nanti kucar-kacir pula majlis korang. Berikut merupakan perkara yang perlu dititikberatkan sewaktu merancang majlis pertunangan :
  • Tarikh/ MasaMajlis digalakkan start dalam pukul 10-11 Pagi . Hal ini kerana,apabila majlis perbincangan selesai,bolehlah menyambung terus agenda dengan makan tengahari sekaligus boleh mengeratkan silatulrahim diantara kedua-dua belah sewaktu sesi makan-makan tersebut.

  • TempatRumah keluarga adalah antara pilihan yang baik untuk korang melangsungkan pertunangan. Korang juga boleh menjimatkan perbelanjaan dan sebaik-baik majlis pertunangan hendaklah dirahsiakan. 

  • Wakil- Bagi pihak perempuan,korang tetapkanlah wakil dari kalangan ahli keluarga untuk menjadi jurucakap. Berkemungkinan besar,pada majlis pertunangan ini juga,ditetapkan hal-hal yang akan datang seperti tarikh perkahwinan dan sebagainya. 



2. CINCIN PERTUNANGAN
Cincin adalah benda yang amat penting untuk menunjukkan korang telah masuk ke alam pertunangan/ alam perkahwinan.Korang tak perlu pun nak berbelanja mahal untuk cincin pertunangan. Simple juga sudah memadai. Korang juga boleh beli cincin ketika ada jualan murah ataupun beli sekali untuk majlis perkahwinan nanti confirm korang akan dapat harga jika membeli dalam kuantiti yang banyak. Pemilihan cincin mestilah kene ikut bajet korang. Jangan pula korang beli yang diluar kemampuan korang. 



3. HANTARAN PERTUNANGAN 
Bilangan hantaran pertunangan selalu dalam kuantiti nombor ganjil.Seperti 5 berbalas 7,7 berbalas 9, 9 berbalas 11 dan seterusnya. Bagi admin tak perlu pun rasanya korang memberi terlalu banyak hantaran sebab nanti korang akan berbelanja banyak untuk sediakan hantaran sahaja. Adalah lebih baik jika barangan hantaran korang tu korang boleh gunakan untuk majlis akan datang,contohnya : kain persalinan (boleh dijahitkan untuk pakaian pengantin) serta kasut (boleh digunakan untuk majlis akan datang). 

4. MAKE-UP & BAJU
Kalau korang nak lebi jimat apa kata korang pakai semula baju raya! Tipu lah kalau korang cakap baju raya korang biasa-biasa je. Design baju raya sekarang memang over mengalahkan pengantin tau. Dan kalau ahli keluarga korang boleh memakai baju yang warna temanya sama, majlis sudah tentu akan lebih meriah. Yela baju raya mesti sedondon bukan. Untuk tatarias (make-up)korang boleh  je lakukan  sendiri, tidak perlu khidmat mak andam. Simple make-up saja di hari pertunangan.


5. MINI PELAMIN
Memang menjadi trend masa kini penggunaan mini pelamin dimajlis pertunangan. Penggunaan mini pelamin ni juga korang boleh jadikan background untuk mengambil gambar korang dengan pasangan sekaligus korang boleh melakukan photoshoot dan gambarnya korang boleh gunakan untuk persediaan perkahwinan nanti. Dekorasi mini-pelamin ni juga korang boleh buat sendiri tanpa memerlukan khidmat daripada penyedia pelamin kerana setupnya yang agak simple dan mudah. Jadi dari situ korang daj boleh save sedikit perbelanjaan korang.



So korang yang merancang untuk melangsungkan majlis pertunangan tu admin harap post kali ni dapat bantu korang dalam persediaan tersebut. Admin akan update lagi tips untuk korang dalam next entry! 



You Might Also Like

0 comments