Inspirasi Persalinan Majlis Akad

Hello SBXS Lovers! Semestinya persalinan untuk akad nikah menjadi keutamaan dalam checklist bakal-bakal pengantin. Tentu sekali korang am...

Hello SBXS Lovers!


Semestinya persalinan untuk akad nikah menjadi keutamaan dalam checklist bakal-bakal pengantin. Tentu sekali korang amat menitik berat kan persoalaan tentang design yang akan korang pakai nanti kan? Ni admin nak kongsi sikit soalan-soalan yang sering bermain difikiran bakal-bakal pengantin tentunya

1) Design yang menjadi pilihan
2) Warna yang sesuai sama ada mengikut tema, warna kulit atau sebagainya
3) Pemilihan fabrik
4) Designer pilihan atau tukang jahit
5) Kos





Tentunya bakal-bakal pengantin ini nak tampil cantik dan bergaya di hari akad nikah mereka kan. siapa yang tak nak nampak cantik kan? So admin nak kongsi lah sikit ilmu yang admin ada tentang tips pemilihan design dan fabrik semasa hari akad nikah korang nanti.

Terdapat pelbagai design yang sering digayakan bakal pengantin semasa hari akad nikah mereka. Design-design seperti kurung modern memang mendapat sambutan yang hangat bagi korang yang menginginkan sesutau yang simple dan minimalis.Bagi korang yang ingin kelainan sikit di dalam design boleh lah korang memilih design seperti peplum, dress, dan kebaya. Design-design yang dipilih perlulah sesuai dengan bentuk badan korang. Jangan nampak cantik orang pakai, kalau kita sendiri yang pakai hancusss. Hehe

Design yang korang pilih juga haruslah selesa semasa majlis akad, tidak terlalu ketat, dan menutup aurat. Kalau terdedah sangat nanti mahu tetamu yang hadir sibuk bergossip tentang korang.

Dalam pemilihan fabrik pula amat penting untuk memastikan design yang dipilih bersesuaian dengan fabrik yang dipilih dan mengikut kesesuain bentuk badan. Antara-antara fabrik yang menjadi pilihan ramai bakal pengantin adalah

1) Tentunyaaa Lace, Lace, Lace!
- Pemilihan lace haruslah bersesuaian dengan tema akad nikah. Fabrik lace yang penuh sesuai bagi mereka yang mempunyai tubuh yang langsing. Bagi mereka yang bertubuh gempal pulak elak kan memakai lace yang berbunga penuh sebaliknya memakai lace bunga yang sedikit dan tidak timbul.   Contoh-Contoh lace yang ada di pasaran french lace, corded lace, beaded lace dan macam-macam lagii.

2) Chiffon
- Bagi pengantin yang bertubuh gempal sesuai untu korang memilih fabrik chiffon ni. Fabrik ni akan buat korang lebih kurus. Elak kan dari memakai fabrik yang keras sebab akan buat korang nampak lagi besar dan gempal. So no no no ok untuk fabrik yang keras.

3) Satin
- Material satin juga seperti chiffon. Fabrik yang lembut ini boleh juga digunakan untuk mereka yang bertubuh gempal kerana ia bersifat berat dan jatuh walaupun kainnya lembut. Tapi korang haruslah bijak memilih design yang sesuai ya.







Haa korang boleh lah tengok contoh-contoh gambar yang admin share ni. Mana tahu dapat idea serba sedikit kan. So kalau ada tips lain admin akan update!

You Might Also Like

0 comments