6 TIPS PEMILIHAN BAJU YANG TEPAT DAN TELUS

Hi readers, Kebiasaannya menjadi masalah utama bagi bakal-bakal pengantin untuk membuat pilihan warna baju dan jenis baju penganti...



Hi readers,

Kebiasaannya menjadi masalah utama bagi bakal-bakal pengantin untuk membuat pilihan warna baju dan jenis baju pengantin, bukan? Hari ini kami dari SBXS ingin berkongsikan beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk bakal-bakal pengantin bagi memilih baju pengantin yang tepat dan telus. Tips-tips ini kami ambil dari pegalaman client2 kami sendiri. 

Antara tipsnya adalah:


  • Pilih untuk memakai pakaian yang ada kain satin atau lace. Korang akan nampak lagi gah. Purrrfect!!


  • Pakailah kain dalam untuk cover penampakan kaki korang kalau baju yang korang pakai tu warnanya lembut.


  • Pemilihan warna sangat penting. Kalau korang malas nak fikir, taknak pening-pening pilih je warna PASTEL. Sebab warna PASTEL memang menjadi pilihan rata-rata bakal pengantin.Biasanya, tiada masalah yang timbul seperti warna tidak masuk dengan kulit, warna tenggelam, warna terlampau "Striking" dan macam-macam lagi apabila pengantin memilih untuk memakai warna PASTEL. Untuk tahun 2016, warna ROSE GOLD! menjadi pilihan utama bakal-bakal pengantin. Try lah! Korang boleh jadi trendsetter nanti.


  • Bagi mereka yang "gilakan" SONGKET, tolonglah pastikan pemilihan pelamin korang tak serabut. Nanti dalam gambo tak nampak bentuk pelamin atau pengantin atas pelamin itu sendiri. Customer kami pernah complain, kenapa gambar diorang atas pelamin tenggelam, korang ni tak pandai ambil gambar ke? kitorang juga yang dipersalahkan. Padahal, punca utamanya adalah pelamin mereka yang serabut, plus baju pengantin yang sarat sehingga tenggelam pengantin disebalik pelamin. 


  • Aksesori untuk dipadankan dengan baju yang korang pakai pun sangat lah penting. Biar simple, asalkan nampak exclusive. Agak bahaya bagi pengantin yang memakai pakaian tradisi mereka seperti adat negeri sembilan yang terlalu sarat dengan aksesori. Tak salah untuk memakai aksesori tersebut. Cuma, pastikan pemilihan baju mestilah yang simple dan cantik ok?


  • Dan yang terakhir, pilih lah baju kawen yang kena dengan budget korang. Jangan lepas kawen nanti korang terpaksa buat baju tu jadi baju basahan pula yaa. Kalau nak sewa baju pun tiada masalah.



************

Pic courtesy of SukabumiXSebol






































Pic courtesy of SukabumiXSebol







































Pic courtesy of SukabumiXSebol






































Pic courtesy of SukabumiXSebol













































Setakat ini itu sahaja tips dari kami, boleh juga kalau korang nak suggest tambahan ke. 
//Disclaimer: Tips-tips yang kami kongsikan ini hanyalah melalui pengalaman kami sendiri berjumpa dengan client kami, Nak ikut boleh, taknak ikut pun tiada masalah. Janganlah hentam kami kalau tips yang diberi tidak memenuhi cita-rasa kalian.


😁😁

You Might Also Like

0 comments