BEHIND THE SCENES (BTS) OUTDOOR PHOTOSHOOT

Bukannya mudah untuk memegang gelaran sebagai seorang jurugambar profesional. Banyak pengalaman yang perlu ditimba dan ilmu fotografi yan...


Bukannya mudah untuk memegang gelaran sebagai seorang jurugambar profesional. Banyak pengalaman yang perlu ditimba dan ilmu fotografi yang perlu dituntut. Kalau tiada ilmu dan pengalaman hanya setahun jagung, jangan mimpi  untuk mendapat gelaran Profesional. Kerja-kerja fotografi ini bukanlah mudah seperti apa yang kita fikirkan. Bukan sekadar ketip-ketip gambar pasangan dan terus cetak gambar yang diambil. Tidak semudah itu ok. Kali ini SBXS Photography ingin berkongsikan sedikit ilmu tentang langkah-langkah yang perlu diambil kira oleh fotografer sebelum  melakukan outdoor photoshoot. Pengalaman ini dikongsi sendiri oleh "Principle" Fotografer  dari SBXS Photography iaitu Mr. Saifful Razuan. 

Langkah-langkah yang diambil kira adalah:

1)STUDY TEMA

Tema di dalam fotografi bermaksud konsep gambar yang ingin disampaikan. Kebiasaannya, di dalam fotografi mempunyai satu tema, tidak sepatutnya di campur adukkan tema yang pelbagai. Takut nanti hasil gambar tidak memuaskan dan konsep photoshoot tidak dapat di sampaikan. Client akan propose tema yang mereka inginkan kepada fotografer. Setelah melalui beberapa pertimbangan, barulah tema dipersetujui oleh kedua belah pihak. Tema outdoor/pre-wedding photoshoot kami telah kongsikan dalam artikel sebelum ini. Segala peralatan yang akan digunakan diteliti secara rapi, supaya tiada masalah peralatan tertinggal. Lokasi tempat photoshoot juga perlu diambil kira samaada dilakukan di tasik, laut, hutan dan sebagainya. 

Pic Courtesy of SukabumiXSebol 


2) LAKARAN IDEA

Fotografer dan designer akan duduk semeja untuk memerah idea dan merangka pelan sepanjang proses photoshoot dilakukan. Lakaran idea-idea posing, framing, art of seeing dan lain-lain dilakarkan bersama oleh fotografer dan desingner. Lakaran dilakukan sebanyak yang mungkin agar pasangan tidak mengulangi pose yang sama lantas menghasilkan gambar yang membosankan

Pic Courtesy of SukabumiXSebol

3) SURVEY SITE

Sebelum shooting dilakukan, fotografer akan memastikan keadaan sekitar tempat shooting berada dalam keadaan selamat. Fotografer juga akan memantau keadaan sekeliling untuk mendapatkan spot-spot yang menarik agar gambar yang diambil mencapai kualiti yang sempurna. Sepanjang pengambaran, fotografer perlu berwaspada dengan keadaan sekeliling supaya segala kesulitan semasa pengambaran dapat ditangani dengan mudah.

Pic Courtesy of SukabumiXSebol

4) SHOOTING

Tibanya masa shooting, antara aktiviti yang dibuat semasa shooting adalah posing kan klien diposisi yang sesuai. Sebagai contoh, pembantu akan melayangkan veil untuk mendapat efek gambar yang cantik. Posing yang berlainan juga bertujuan untuk menguatkan lagi kreativiti setiap gambar. Selain itu posisi fotografer juga diambil kira bagi menghasilkan gambar yang sempurna seperti yang dirancang. Pembantu lain yang memegang reflector dan lighting box juga berperanan penting dan harus ditempatkan diposisi yang betul agar pengawalan cahaya dan bayangan pada klien akan dapat dikesan oleh fotografer sendiri. Apabila fotografer, pembantu dan klien berada ditempat yang betul, gambar yang ditangkap akan kelihatan hidup dan sempurna.

Pic Courtesy of SukabumiXSebol

HASIL TANGKAPAN

Pic Courtesy of SukabumiXSebol

Pic Courtesy of SukabumiXSebol

Pic Courtesy of SukabumiXSebol
Pic Courtesy of SukabumiXSebol
Team SBXS Photography sentiasa bekerja keras bersama klien untuk memastikan gambar yang dihasilkan luar biasa atau kata lainnya mendapat impak yang SUPERB!

Setakat ini sahaja dahulu perkongsian dari kami. Semoga tips yang dikongsikan ini memberi panduan dan manfaat untuk fotografer di luar sana. 

You Might Also Like

0 comments