5 TIPS MEMILIH TEMA PRE-WEDDING

Zaman sekarang, sudah menjadi satu kewajipan bagi setiap pasangan pengantin untuk menghire fotografer untuk shoot pre/post wedding mereka. ...

Zaman sekarang, sudah menjadi satu kewajipan bagi setiap pasangan pengantin untuk menghire fotografer untuk shoot pre/post wedding mereka. Kebiasaanya, gambar prewedding digunakan dalam slideshow untuk tontonan para tetamu yang hadir. Selain itu juga, gambar  dari pre/post wedding bertujuan untuk menyampaikan detik-detik pertemuan pasangan pengantin itu.

Sungguh sweet bukan kalau dapat mengabdikan gambar bersama pasangan korang. Oleh itu, pemilihan tema dan konsep pre/post wedding amat memainkan peranan penting bagi setiap pasangan supaya hasilnya SUPERB. Jadi, kami ingin kongsikan beberapa tips yang kami dapat kumpulkan bersama pembaca.

Tipsnya adalah seperti berikut:

1) ADAPTASI FILEM KEGEMARAN

Ramai pasangan2 pengantin yang memilih tema pre/post wedding photoshoot adaptasi dari filem kegemaran. Seperti client kami ini, pengantin lelaki menggemarkan filem Pearl Harbour lakonan Ben Affleck dan Kate Beckinsale. Jadi, kami memilih untuk membuat shooting yang berlatarkan kapal terbang tentera seperti dalam filem Pearl Harbour dan mensarankan beliau supaya memakai uniform tentera udara. Since, beliau sendiri seorang tentera udara. Jadi, mudahlah segala urusan. Banyak pose2 romantik yang boleh ditiru bagi pasangan yang agak awkward untuk pose di depan camera. Bagi pengantin perempuan pula, beliau meminati filem Kingsman lakonan Taron Egerton. Kami memilih restaurant mewah dan esklusif untuk menyerupai sedikit sebanyak lokasi yang dijalankan dalam filem kingsman itu.
[Pearl Harbour dan Kingsman]
.
.
Pic courtesy of SukabumiXSebol 

Pic courtesy of SukabumiXSebol

.
.
2) HOBI DAN MINAT

Bagi client kami yang berikut. Pengantin lelaki amat menggemari kereta-kereta antik. Jadi, kami meletakkan kereta antik sebagai subjek dalam photoshoot kami. Kedua pasangan mengena pakaian retro supaya dapat di gayakan dengan kereta klasik mereka.  Jadi, gambar yang dihasilkan penuh dengan nostalgia dan seperti tahun 70-an gituuu.


Pic courtesy of SukabumiXSebol


Pic courtesy of SukabumiXSebol

3) PROFESION ANDA DAN PASANGAN

Tema profesion ini juga digemari ramai. Misalnya, jika seseorang itu menpunyai profesion
yang memakai pakaian seragam seperti tentera, juruterbang, bomba dan lain-lain. Apabila pasangan lelaki mengenakan pakaian beruniform, pengantin lelaki akan kelihatan begitu segak sekali. Begitu juga dengan pengantin perempuan. Cukup hanya sekadar mengenakan kebaya sebagai pakaian mereka, dapat juga memberi impak yang dahsyat dalam gambar yang dihasilkan nanti. Dengan konsep yang matang dan pose yang unik, pasti hasilnya juga lain daripada yang lain.  Pasangan yang kami shoot ini, pengantin lelaki seorang pelukis. Oleh itu, kami mensarankan supaya beliau membawa watak seorang pelukis ketika photoshoot dilakukan. 

Pic courtesy of SukabumiXSebol

4) KENANGAN MASA LALU

Gambar pre/post wedding anda juga boleh jadi perjalanan kisah cinta anda dan pasangan juga. Kalau cinta anda berdua bermula dari satu sekolah yang sama. Pemilihan tempat boleh dilakukan di sekitar sekolah anda, serta anda juga boleh mengenakan uniform sekolah seperti zaman bercinta dahulu juga. Justeru, gambar yang dihasilkan nanti dapat disimpan dan diimbau kembali ketika anda menjalani usia tua kelak. Bagi pasangan ini, kami mengadakan photoshoot di kelas mereka sendiri. Ketika shoot dilakukan, kedua pasangan tersyum tatkala mengingati detik percintaan mereka ketika dibangku sekolah. Oleh itu, kebanyakan yang dihasilkan sangat mudah, kerana ia berlaku secara spontan.

Pic courtesy of SukabumiXSebol

5) KAWASAN AWAM

Lokasi shooting juga boleh dilakukan di tempat-tempat awam. Misalnya di tengah padatnya
lalu lintas, di dalam tren, pasar malam, jambatan keretapi, stesen keretapi lama bahkan bangunan-bangunan bersejarah juga. Tetapi, pasangan haruslah berani untuk bergambar 
di depan orang awam ye. Kami memilih untuk membuat photoshoot di "zebra crossing" bertempat di Jalan Bukit Bintang. Photoshoot di kawasan awam adalah pilihan tempat yang paling praktikal. Client boleh memilih samaada inginkan suasana sesak dengan orang ramai ataupun suasana yang kurang orang. Tambahan lagi, kawasan awam adalah percuma untuk di buat photoshoot. Dari situ, pasangan dapat melakukan penjimatan daripada tempat esklusif yang perlu dibayar sewa.


Pic courtesy of SukabumiXSebol





You Might Also Like

0 comments